Pertembungan Budaya dalam Novel Melati Sarawak: Satu Sorotan

Penelitian ini merupakan lanjutan daripada kajian teks novel Melati Sarawak yang pernah dikupas secara tuntas oleh para pengkaji seperti Thomas (1976), Nordi (1999), Sanib (2013) serta ramai lagi. Dalam penelitian ini, aspek pertembungan budaya menjadi asas perbincangan bagi membuktikan bahawa novel...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Dilah, Tuah
Format: Proceeding
Language:English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/40419/3/Pertembungan%20Budaya.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/40419/
https://www.pustaka-sarawak.com/apps/saf2022/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penelitian ini merupakan lanjutan daripada kajian teks novel Melati Sarawak yang pernah dikupas secara tuntas oleh para pengkaji seperti Thomas (1976), Nordi (1999), Sanib (2013) serta ramai lagi. Dalam penelitian ini, aspek pertembungan budaya menjadi asas perbincangan bagi membuktikan bahawa novel Melati Sarawak yang terbit pada tahun 1932 memaparkan pertembungan budaya yang signifikan. Metodologi yang digunakan di dalam penelitian ini berasaskan kaedah analisis teks dan kaedah perpustakaan. Analisis teks diperlukan bagi mengenal pasti aspek pertembungan budaya yang terdapat di dalam novel Melati Sarawak. Manakala kaedah perpustakaan digunakan untuk mendapatkan data kosa ilmu dan data sekunder bagi menyokong perbincangan ini. Dapatan kajian menunjukkan novel Melati Sarawak sememangnya jelas memaparkan kewujudan pengaruh budaya barat dalam kehidupan masyarakat Melayu Sarawak pada awal tahun 1930-an. Walaupun begitu pengarang tidak memperlihatkan pertentangan yang nyata antara budaya Melayu dan barat. Sebaliknya, sikap masyarakat Melayu Sarawak yang mudah terpengaruh dengan budaya barat dan gemar berhibur menjadi kritikan utama pengarang dalam novel ini. Novel ini berupaya menjadi sumber rujukan dalam menilai semula tahap kemajuan masyarakat Melayu Sarawak khususnya di Kuching dalam bidang pendidikan dan sosioekonomi pada masa kini.