Faktor pemilihan perbankan islam di antara Bank Islam Malaysia Berhad dan bank konvensional di kalangan kakitangan awam di Kota Kinabalu.

Kajian ini berpandukan kepada pengumpulan data daripada pelbagai kumpulan kakitangan awam yang merupakan pelanggan perbankan Islam di Bank Islam Malaysia Berhad dan bank konvensional yang menawarkan perkhidmatan perbankan Islam. Kajian menggunakan 500 responden bagi menentukan faktor pemilihan perba...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nor'azurah Md Kamdari
Format: Thesis
Language:English
Published: 2006
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3610/1/mt0000000035.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3610/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini berpandukan kepada pengumpulan data daripada pelbagai kumpulan kakitangan awam yang merupakan pelanggan perbankan Islam di Bank Islam Malaysia Berhad dan bank konvensional yang menawarkan perkhidmatan perbankan Islam. Kajian menggunakan 500 responden bagi menentukan faktor pemilihan perbankan Islam pelanggan terhadap BIMB, bank konvensional dan kedua-dua bank tersebut. Pengumpulan data terdiri daripada pelanggan dan pendeposit dan telah dibahagikan kepada tiga kategori kakitangan awam iaitu pengurus, eksekutif dan pekerja teknikal di Kota Kinabalu. Analisis keputusan kajian berdasarkan kaedah varimax rotated. Berdasarkan analisis tersebut, kajian telah menemui penentu bagi faktor pertama bagi BIMB iaitu 'lokasi' (X3), 'pendapatan pendeposit (X5)" 'kualiti perkhidmatan pelanggan ' (X4) dan 'harga produk’ (X6). Manakala bagi bank konvensional yang menawarkan Perbankan Islam faktor penentu pertama ialah 'lokasi' (X3), 'pendapatan pendeposit (X5), 'kualiti perkhidmatan pelanggart (X4) dan 'reputasi dan imej Islam’ (Xl). Akhir sekali bagi BIMB dan bank konvensional faktor penentu pertama ialah 'harga produk (X6), 'reputasi dan imej Islam’ (Xl), 'keselesaan (X2) dan 'pendapatan pendeposit (X5).