Adaptasi kemandirian dan kelestarian prestasi akademik pelajar antarabangsa universiti awam Malaysia

Fenomena globalisasi memangkinkan mobiliti konfugirasi golongan pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pengajian tinggi ke luar negara. Malaysia merupakan salah satu destinasi tumpuan pelajar antarabangsa di mana kelebihan tersebut sinonim dengan dasar pengantarabangsaan negara yang semakin proaktif...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Irma Wani Othman, Muhammad Safuan Yusoff, Siti Aidah Lukin @ Lokin, Romzi Ationg, Abang Mohd Razif Abang Muis, Mohd Kamal Mohd Shah
Format: Article
Language:English
English
Published: Global Academic Excellence 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33047/2/Adaptasi%20kemandirian%20dan%20kelestarian%20prestasi%20akademik%20pelajar%20antarabangsa%20universiti%20awam%20Malaysia.ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33047/1/ADAPTASI%20KEMANDIRIAN%20DAN%20KELESTARIAN%20PRESTASI%20AKADEMIK%20PELAJAR%20ANTARABANGSA%20UNIVERSITI%20AWAM%20MALAYSIA.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33047/
http://www.ijlgc.com/PDF/IJLGC-2020-21-12-13.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Fenomena globalisasi memangkinkan mobiliti konfugirasi golongan pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pengajian tinggi ke luar negara. Malaysia merupakan salah satu destinasi tumpuan pelajar antarabangsa di mana kelebihan tersebut sinonim dengan dasar pengantarabangsaan negara yang semakin proaktif dalam melakukan pengambilan pelajar antarabangsa. Inisiatif tersebut diambil demi melonjakkan kedudukan IPT Malaysia dalam liga global penarafan hub pendidikan berprestij. Rentetan dari itu, objektif kajian ini memberi penumpuan untuk mengkaji maklum balas pengalaman proses adaptasi kemandirian pelajar antarabangsa yang menjadi percaturan kedatangan golongan tersebut ke negara ini. Pendekatan kualitatif menggunakan temu bual separa berstruktur melibatkan 40 temu bual mendalam ke atas pelajar antarabangsa yang sedang mengikuti pengajian di empat universiti awam terpilih. Hasil dapatan membuktikan terdapat perkaitan antara adaptasi kemandirian dengan kelestarian prestasi akademik pelajar tahun pertama. Faktor yang memberi impak berbeza terhadap adapatasi kemandirian pelajar antarabangsa dilihat dalam konteks (i) dasar memperkasa Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar universiti, (ii) perakuan akreditasi berterusan, (iii) penawaran program pengajian yang bersifat kontemporari dan mempunyai nilai tambah kebolepasaran, (iv) kepuasan pelanggan dan penyelarasan jaminan kualiti perkhidmatan serta (v) pengiktirafan reputasi universiti. Hasil dapatan yang dibincangkan dalam kertas kerja ini merupakan informasi bernilai bukan sahaja kepada bakal pelajar antarabangsa yang ingin melanjutkan pengajian ke luar negara, malahan boleh dimanfaatkan sebagai garis panduan pihak pengurusan universiti dalam memahami implikasi adaptasi kemandirian yang mempunyai kelangsungan dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar antarabangsa.