Persepsi Guru Tentang Kelemahan Struktur Ruang Fizikal Sekolah Kebangsaan Pulau Gaya Terhadap Insiden Jenayah Dalam Kawasan Sekolah

Keselamatan sekolah merupakan salah satu indikator kepada kemajuan sekolah dan menjadi aspek terpenting dalam pengurusan sekolah kerana ia boleh mencegah daripada sebarang insiden seperti kemalangan, kebakaran, jenayah, gangguan dan sebagainya. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi pada abad...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rosdiana Betare, Nor-Ina Kanyo
Format: Article
Language:English
English
Published: Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, UMS 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32673/1/Persepsi%20Guru%20Tentang%20Kelemahan%20Struktur%20Ruang%20Fizikal%20Sekolah%20Kebangsaan%20Pulau%20Gaya%20Terhadap%20Insiden%20Jenayah%20Dalam%20Kawasan%20Sekolah.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32673/2/Persepsi%20Guru%20Tentang%20Kelemahan%20Struktur%20Ruang%20Fizikal%20Sekolah%20Kebangsaan%20Pulau%20Gaya%20Terhadap%20Insiden%20Jenayah%20Dalam%20Kawasan%20Sekolah1.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32673/
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/3651
https://doi.org/10.51200/ejk.vi.3651
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Keselamatan sekolah merupakan salah satu indikator kepada kemajuan sekolah dan menjadi aspek terpenting dalam pengurusan sekolah kerana ia boleh mencegah daripada sebarang insiden seperti kemalangan, kebakaran, jenayah, gangguan dan sebagainya. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi pada abad ke-21 ini dapat dilihat semakin meluas, sama ada dalam bidang perniagaan, pembangunan dan keselamatan di kawasan sekolah. Selain itu, pihak kerajaan telah melakukan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan keselamatan di kawasan sekolah dengan melaksanakan pelbagai dasar dan program. Misalnya pada tahun 1976 hingga 2000, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan beberapa pekeliling berkaitan keselamatan sekolah yang menekankan keperluan pihak pengurusan sekolah bagi memastikan keselamatan pelajar adalah terjamin ketika berada dalam ruang kawasan sekolah, terutamanya di makmal sekolah, bangunan sekolah, padang permainan dan sekitar sekolah. Kajian tentang keselamatan sekolah dalam aspek jenayah penting untuk diteliti bagi memastikan warga sekolah berada dalam keadaan selesa dan selamat. Tujuan utama penulisan artikel ini adalah untuk membincangkan persepsi guru tentang implikasi kelemahan struktur ruang fizikal sekolah terhadap insiden jenayah di kawasan sekolah. Analisis kekerapan dan min merupakan analisis yang digunakan untuk mengukur sejauhmana kelemahan struktur ruang fizikal mempengaruhi masalah jenayah di sekolah Pulau Gaya. Terdapat tiga ruang yang dinilai dan digunakan sebagai pengukur kepada implikasi kelemahan struktur ruang fizikal sekolah, iaitu ruang bilik darjah, bilik guru dan persekitaran sekolah. Persepsi tentang implikasi kelemahan struktur ruang fizikal sekolah terhadap insiden jenayah ditunjukkan dan dikategorikan mengikut ruang yang sama. Seramai 46 responden yang digunakan sebagai sampel dalam kajian ini. Borang soal selidik merupakan instrumen yang digunakan untuk mengumpul data yang berkaitan dengan kelemahan struktur ruang fizikal Sekolah Kebangsaan Pulau Gaya terhadap masalah jenayah. Data yang diperoleh kemudiannya dikumpul dan dianalisis menggunakan analisis kaedah kekerapan dan min dan hasilnya menunjukkan bahawa jenayah yang paling tinggi ialah kecurian harta benda sekolah, pecah masuk, kecurian barang hak milik guru dan kecurian dokumen sekolah. Walau bagaimanapun, keadaan di kawasan sekolah masih terkawal kerana terdapat langkah keselamatan yang dilakukan dari pihak sekolah dan polis.