Pengaruh pengajaran-pembelajaran pelbagai dalam kalangan pelajar tingkatan empat mata pelajaran Sejarah di SMK Membakut, Sabah
Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai kesesuaian Program Pengajaran-Pembelajaran Pelbagai (PPP) berdasarkan gaya pembelajaran yang digunakan dalam mata pelajaran sejarah untuk mengukur tahap penguasaan dalam topik 'Tamadun Awal Manusia" di kalangan pelajar tingkatan E...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2006
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19713/1/Pengaruh%20pengajaran-pembelajaran.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19713/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai kesesuaian Program
Pengajaran-Pembelajaran Pelbagai (PPP) berdasarkan gaya pembelajaran yang
digunakan dalam mata pelajaran sejarah untuk mengukur tahap penguasaan dalam
topik 'Tamadun Awal Manusia" di kalangan pelajar tingkatan Empat di SMK Membakut,
Sabah. Kajian ini juga mengkaji mengenai proses pengajaran-pembelajaran berdasarkan
gaya pembelajaran pelajar untuk melihat sebarang hubungan yang mungkin wujud
antara gaya pembelajaran dan aspek pengetahuan, pola-pola perlakuan serta persepsi
pelajar terhadap PPP. Proses pengutipan dan analisis data berjalan serentak dan seiring
memenuhl kehendak kajian kualitatif melalul tiga peringkat kutipan data iaitu pertama
soalselidik berpandukan Honey and Mumford's Manual of Learning Styles (1992) untuk
penentuan jenis gaya pembelajaran pelajar yang dominan, kedua pemerhatian terhadap
proses pengajaran-pembelajaran berdasarkan borang pemerhatian dan rakaman video
untuk memerhati pola perlakuan pelajar dan ketiga, sesi temubual separa berstruktur
untuk mendapatkan gambaran tanggapan pelajar terhadap kesesuaian PPP. Instrumen
Honey and Mumford's Manual of Learning Styles mengandungi 40 item berbentuk
dichotomus dengan pembahagian gaya pembelajaran kepada 4 jenis iaitu reftektor,
aktivis, teorist dan pragmatis. Hasil analisis terhadap skor yang diperolehi menunjukkam
bahawa pelajar mempunyai kecenderungan terhadap kesemua jenis gaya pembelajaran.
Namun skor paling tinggi yang diperolehi menunjukkan pelajar lebih dominan kepada
jenis gaya pembelajaran aktivis, reftektor dan teoris. Berdasarkan jenis gaya
pembelajaran pelajar satu program pengajaran-pembelajaran dirangka untuk 21 orang
responden selaku sam pel kajian yang merupakan pelajar tingkatan Empat Amanah
(Aliran Sains) di Sekolah terbabit. Responden mengikuti 6 sesi proses pengajaranpembelajaran
berdasarkan pelaksanaan PPP. Ujian Pra dan ujian Pos dijalankan untuk
mendapatkan tahap penguasaan pelajar sebelum dan selepas PPP. Terdapat perbezaan
skor positif dalam ujian untuk ketiga jenis gaya pembelajaran. Melalui pola-pola
pertakuan yang diperhatikan didapati bahawa secara keseluruhannya, pelajar
memberikan respon positif terhadap PPP. Majoriti responden kajian masih menekankan
bahawa proses pengajaran-pembelajaran harus mempunyai elemen-elemen
keseronokan, Interaksi, kerjasama dan pemahaman terhadap pelajaran. Implikasl
dapatan ini berhubung pengetahuan jenis gaya pembelajaran para pelajar adalah amat
penting untuk guru merancang aktiviti pengajaran-pembelajaran yang lebih efektif.
Dengan memberikan penekanan bahawa setiap pelajar adalah individu berbeza yang
mempunyal dan melalui 'pengalaman pembelajaran' berbeza,la boleh dijadikan rangka
rujukan guru menggubal strategi pengajaran berfokuskan pelajar yang bersesuaian. |
---|