Kajian terhadap jenis-jenis dan corak wau di negeri Kelantan.

Warisan merupakan sesuatu yang sangat berharga yang mana ia akan diturunkan dari satu generasi ke generasi yang seterusnya.Warisan yang tidak dipulihara lazimnya akan pupus tanpa disedari dan ia adalah merupakan satu kerugian yang tidak ternilai terhadap sesuatu bangsa dan negara.Projek penyelidikan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Azir, Mohd Nawi
Format: Undergraduate Final Project Report
Published: 2010
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/6342/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Warisan merupakan sesuatu yang sangat berharga yang mana ia akan diturunkan dari satu generasi ke generasi yang seterusnya.Warisan yang tidak dipulihara lazimnya akan pupus tanpa disedari dan ia adalah merupakan satu kerugian yang tidak ternilai terhadap sesuatu bangsa dan negara.Projek penyelidikan ini adalah satu kajian ilmiah yang bertujuan untuk memperkenalkan dan mendedahkan tentang permainan wau tradisional di kalangan masyarakat pada masa kini.Pada masa dahulu permainan wau sangat diminati oleh semua golongan masyarakat.Ini kerana permainan wau ini dapat menyatukan dan mengeratkan silaturahim antara masyarakat setempat.Wau dimainkan pada masa lapang untuk menghilangkan penat bekerja seharian.Masyarakat dahulu terdiri daripada petani dan nelayan.Setelah mereka pulang dari bekerja,mereka akan menghabiskan masa lapang dengan bermain wau.Ikatan silaturahim antara masyarakat terjalin melalui permainan wau ini.Mereka saling tolong-menolong untuk menaikkan dan menurunkan wau.Kini permainan wau kurang mendapat sambutan di kalangan golongan muda.Mereka lebih meminati permainan yang lebih mencabar.Golongan muda kini kurang pendedahan tentang permainan wau.Mereka tidak diajar untuk mengasah bakat serta kemahiran untuk membuat wau.Selain itu,wau juga diubahsuai fungsinya agar dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat.Contohnya wau kini dijadikan sebagai hiasan,seni pertukangan perak dan kraftangan.Dengan ini,wau akan dapat diperturunkan kepada generasi akan datang.Walaupun wau diubahsuai fungsinya sebagai permainan pada masa lapang kepada hiasan,tetapi bentuk dan coraknya tidak berubah.Melalui kajian ini,dapat kita berkongsi tentang permainan wau pada masa dahulu sehingga sekarang.Kajian ini meliputi jenis-jenis wau.corak wau,kaedah permainan wau khususnya di Kelantan.