Masjid Kampung Laut: Kajian Terhadap Struktur Dan Falsafah Senibina

Setiap Negara di dunia mempunyai seni bina warisan yang menjadi peninggalan yang amat berharga kepada generasi masa kini dan masa akan dating. Seni bina warisan dunia termasuklah bangunan-bangunan bersejarah yang dilihat mempunyai nilai warisan yang cukup tinggi. Di Malaysia, terdapat satu seni bina...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Shahruniza Zainal Abidin @ Mohamed
Format: Undergraduate Final Project Report
Published: 2010
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/5511/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Setiap Negara di dunia mempunyai seni bina warisan yang menjadi peninggalan yang amat berharga kepada generasi masa kini dan masa akan dating. Seni bina warisan dunia termasuklah bangunan-bangunan bersejarah yang dilihat mempunyai nilai warisan yang cukup tinggi. Di Malaysia, terdapat satu seni bina yang cukup tinggi nilai warisannya yang pada suatu ketika dahulu sangat dibangga-banggakan sehinggakan menjadi pencetus kepada peradaban sesuatu bangsa. Di Malaysia, salah satu seni bina yang membawa kepada peradaban sesuatu bangsa ialah seni bina Islam iaitu seni bina Masjid Kampung Laut. Seni Bina ini dikatakan pencetus kepada penyebaran Islam di negeri Kelantan dan dengan adanya masjid inilah bertapaknya Islam di Kelantan. Dan tujuan kajian ini dilakukan terhadap seni bina Masjid Kampung Laut adalah bagi melihat dengan lebih dekat sejarah asal-usulnya. Seperti yang kita ketahui juga, kebanyakkan masyarakat pada hari ini tidak lagi mengendahkan nilai warisan yang ada malah tidak pernah menghargainya. Tujuan kajian ini juga bagi memberi pendedahan kepada pembaca dalam melihat nilai warisan serta keunikan yang ada dalam seni bina warisan ini.