Citra Wanita Dalam Harga Sebuah Maruah Karya Azizi Haji Abdullah Aplikasi Kritikan Feminisme

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat citra wanita dalam Harga Sebuah Maruah karya Azizi Haji Abdullah. Citra wanita merupakan suatu gambaran atau imej yang melambangkan peribadi wanita yang menarik bertujuan untuk mengangkat kedudukan wanita khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu melalu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Karim, Aina Syafiqah
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:Malay
Published: 2021
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3922/1/AINA%20SYAFIQAH%20BINTI%20KARIM%20C18A0025.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3922/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat citra wanita dalam Harga Sebuah Maruah karya Azizi Haji Abdullah. Citra wanita merupakan suatu gambaran atau imej yang melambangkan peribadi wanita yang menarik bertujuan untuk mengangkat kedudukan wanita khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu melalui penulisan novel. Skop kajian ini adalah meliputi teks novel Harga Sebuah Maruah karya Azizi Haji Abdullah. Oleh itu, teori feminisme oleh Elaine Showalter 1979 diaplikasikan dalam kajian ini dilihat dari perspektif kritik feminsme iaitu penulisan karya lelaki yang menulis cerita mengenai wanita. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif yang terdiri daripada kaedah kepustakaan dan sumber internet. Terdapat tiga objektif yang dikemukakan iaitu mengenalpasti tanggungjawab yang dilaksanakan di dalam novel Harga Sebuah Maruah, menganalisis citra wanita yang digunakan dalam novel Harga Sebuah Maruah, dan menganalisis prinsip kritikan teori feminisme dalam novel Harga Sebuah Maruah. Justeru, kajian ini penting untuk mendalami dan mengenali karya Azizi Haji Abdullah terutama novel Harga Sebuah Maruah yang dikaji dari sudut Teori Feminisme dan ia bercakap berkaitan isu penindasan terhadap golongan wanita. Hal ini dikatakan demikian kerana watak utama yang ditonjolkan ini memaparkan keupayaan dan kehebatan seseorang wanita dalam mempertahankan hak mereka. Seperti yang kita ketahui bahawa kaum wanita sering dianggap lemah oleh masyarakat. Justeru itu, hasil kajian mendapati bahawa novel ini telah berjaya menonjolkan keupayaan yang dimiliki oleh kaum wanita juga setanding dengan golongan lelaki.