Keindahan Perhiasan Kepala Lelaki : Kajian Ke Atas Pemakaian Semutar Di Bachok, Kelantan.

Semutar adalah perhiasan kepala warisan tradisi Melayu yang telah lama diamalkan oleh masyarakat Kelantan di Kampung Tangok di bawah Mukim Telong, Bachok, Kelantan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan sejarah pemakaian semutar dalam kalangan masyarakat setempat. Selain itu, ka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurazyyati Syarafina Abdul Manaf
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:Malay
Published: 2024
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14164/1/Nurazyyati%20Syarafina%20Binti%20Abdul%20Manaf.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14164/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Semutar adalah perhiasan kepala warisan tradisi Melayu yang telah lama diamalkan oleh masyarakat Kelantan di Kampung Tangok di bawah Mukim Telong, Bachok, Kelantan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan sejarah pemakaian semutar dalam kalangan masyarakat setempat. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menghuraikan jenis-jenis, fungsi dan ciri-ciri yang terdapat pada semutar disamping menganalisis langkah pelestarian pemakaian semutar dalam kalangan masyarakat tempatan di Bachok, Kelantan. Dua kaedah kajian digunakan dalam kajian ini iaitu kaedah kualitatif dan kuantitatif. Kaedah kualitatif merangkumi aspek pemerhatian secara tidak langsung, temu bual, rakaman audio, foto, video dokumentasi manakala kaedah kuantitatif menggunakan edaran borang soal selidik. Teori Identiti Sosial digunakan bagi menonjolkan keindahan semutar sebagai perhiasan kepala masyarakat Kelantan. Hasil kajian mendapati bahawa masyarakat Kelantan khususnya di Kampung Tangok, Bachok majoriti mengetahui dan menerima semutar sebagai perhiasan kepala rumpun bagi kaum lelaki Kelantan sebelum adanya kopiah, tanjak, destar dan sebagainya. Usaha penglibatan komuniti setempat sangat digalakkan bagi melestarikan semutar. Hal ini menjadi sebahagian matlamat mengapa orang lama menggalakkan pewaris dan masyarakat setempat untuk memakai semutar pada masa kini disamping menghidupakan kembali budaya-budaya warisan nenek moyang.