Kajian terhadap adat perkahwinan Kaum India Di Tampin, Negeri Sembilan.

Kajian ini merupakan satu kajian kes mengenai “Perkahwinan Kaum India di Tampin,Negeri Sembilan”. Perkahwinan kaum india mempunyai keunikan tersendiri dari segi pelbagai sudut yang berbeza sejak dahulu.Walaubagaimanapun, masa berlalu terdapat beberapa cara atau tradisi upacara perkahwinan kaum india...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Divyashinidewi A/P Bala Murukan
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:Malay
Published: 2023
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12957/1/DIVYASHINIDEWI%20AP%20BALA%20MURUKAN.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12957/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini merupakan satu kajian kes mengenai “Perkahwinan Kaum India di Tampin,Negeri Sembilan”. Perkahwinan kaum india mempunyai keunikan tersendiri dari segi pelbagai sudut yang berbeza sejak dahulu.Walaubagaimanapun, masa berlalu terdapat beberapa cara atau tradisi upacara perkahwinan kaum india telah diubah ikut kesesuaian dan keselesaan mereka berbanding dengan cara tradisional. Namun, cara tradisional sentiasa perlu diikuti supaya tidak dilupakan oleh generasi yang akan datang. Kajian Projek Penyelidikan ini mempunyai beberapa permasalahan seperti pengaruh budaya barat dalam upacara perkahwinan kaum india, pemberian dan penerimaan “dowri” serta kepercayaan sistem astrologi dalam upacara perkahwinan kaum india. Penyelidikan ini dijalankan atas objektif kajian iaitu menganalisis unsur- unsur unik yang terdapat dalam Adat Perkahwinan kaum India secara tradisional, mengkaji proses sebelum, semasa dan selepas Adat Perkahwinan kaum India secara tradisional dan mengenalpasti perubahan yang berlaku dalam upacara perkahwinan kaum india di Tampin, Negeri Sembilan. Kajian ini dilengkapkan dengan hasil dapatan melalui temubual reponden sekitar kawasan kajian. Dengan adanya kajian ini,upacara perkahwinan kaum india dapat dibezakan dari segi tradisional dan secara moden serta menjadi rujukan kepada generasi muda untuk dihargai dan mengikuti dengan baik.