Kefahaman, sikap dan tingkah laku pengguna tandas masjid di Kelantan

Masyarakat Islam di Kelantan sangat kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan tandas masjid. Kajian ini mengkaji sejauh manakah tahap kefahaman, sikap dan tingkah laku pengguna tandas masjid, apakah bentuk hubungan kefahaman, sikap dan tingkah laku pengguna tandas masjid serta apakah faktor yang mem...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamad Izzat Mohamad Ghani
Format: UMK Etheses
Language:Malay
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10147/1/Mohamad%20Izzat%20Mohamad%20Ghani.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10147/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masyarakat Islam di Kelantan sangat kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan tandas masjid. Kajian ini mengkaji sejauh manakah tahap kefahaman, sikap dan tingkah laku pengguna tandas masjid, apakah bentuk hubungan kefahaman, sikap dan tingkah laku pengguna tandas masjid serta apakah faktor yang mempengaruhi tingkah laku pengguna tandas masjid. Metodologi kajian digunakan adalah kuantitatif. Borang soal selidik diedarkan kepada 353 orang responden iaitu kategori masjid negeri, bandar, jajahan/daerah dan mukim. Item demografi, trait personaliti keperibadian dan tahap personaliti beragama turut disediakan bagi mendapatkan hasil kajian lebih menarik. Hasil kajian mendapati tahap kefahaman positif adalah tinggi dan tahap kefahaman negatif adalah rendah terhadap kebersihan tandas masjid serta sikap positif adalah tinggi dan sikap negatif adalah rendah. Manakala tingkah laku positif dan tingkah laku negatif pula adalah sederhana. Analisis kolerasi mendapati terdapat hubungan antara kefahaman positif dengan sikap positif (r = 0.52**) dan begitu juga bagi pemboleh ubah negatif (r = 0.58**). Trait personaliti keperibadian didapati mempunyai hubungan antara agreeableness dengan conscientiousness (r = 0.53**). Faktor peramal bagi tingkah laku positif adalah memiliki kemantapan tahap personaliti beragama, semua peringkat umur, berpengetahuan kefahaman negatif, memiliki personaliti keperibadian extraversion dan berpengetahuan kefahaman positif. Peramal tingkah laku negatif pula adalah terhasil daripada sikap negatif dan tiada kemantapan tahap personaliti beragama. Justeru, masyarakat muslim perlu berusaha memartabatkan kehidupan beragama dan meningkatkan kefahaman khususnya dalam usaha memakmurkan masjid termasuklah persekitarannya.