Sistem Analisis Gred Untuk Penilaian Akademik (SAGA) / Liza Maria Mohmed

Sistem Analisis Gred Untuk Penilaian Akademik atau singkatannya SAGA merupakan sistem yang dicadangkan untuk kegunaan para pensyarah di Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat, Universiti Malaya. Ia merupakan satu bentuk sistem sokongan kepada pensyarah yang akan menyediakan perkhidmatan me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Liza Maria , Mohmed
Format: Thesis
Published: 2002
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/9463/4/liza.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/9463/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sistem Analisis Gred Untuk Penilaian Akademik atau singkatannya SAGA merupakan sistem yang dicadangkan untuk kegunaan para pensyarah di Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat, Universiti Malaya. Ia merupakan satu bentuk sistem sokongan kepada pensyarah yang akan menyediakan perkhidmatan menetapkan gred pelajar secara automatik serta mengeluarkan output dalam bentuk laporan dan graf untuk memudahkan kerja menganalisis pencapaian para pelajarnya. Laporan ini dibahagikan kepada dua fasa. Fasa Pertama merangkumi pengenalan projek, kajian literasi, metodologi& analisis sistem sistem rekabentuk sistem yang akan dibangunkan kelak. Pengenalan memberikan sedikit gambaran asas terhadap sistem yang bakal dibangunkan. Bab ini memberikan penekanan kepada definisi, objektif, domain/skop dan pelan perancangan pembangunan SAGA. Kajian Literasi pula memberikan huraian ke atas sistem-sistem semasa yang seumpamanya serta rumusan bagi analisis keperluan sistem . Bab ini juga memberikan menyediakan gambaran literasi proses bagi SAGA termasuk piawaian yang cuba dipenuhinya. Metodologu dan analisis keperluan sistem merupakan bab yang terpenting kerana bab ini memberikan huraian terhadap metodologi kajian dan analisis sistem. Rekabentuk Sistem pula menyediakan carta alir, carta struktur, struktur pangkalan data dan rekabentuk komponen-komponen sistem yang dicadangkan. Fasa kedua melibatkan huraian terhadap Perlaksanaan Sistem, Pengujian dan Penilaian Sistem. Tiga bab terakhir akan memberikan maklumat tentang fasa ini. Laporan ini akan diakhiri dengan manual pengguna dan sampel kod aturcara bagi operasi-operasi tertentu. Diharap hasil penulisan laporan ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca selain memberi gambaran awal tentang SAGA sebagai satu sistem Sokongan untuk kegunaan para pensyarah