Al-Quran online / Faoni Abdullawapa

Kemajuan bidang teknologi maklumat pada masa kini sangat menggalakkan di mana ia telah berkembang pesat bukan hanya membabitkan bidang Pendidikan sahaja malah turut membabitkan sektor lain. Perkembangan ini memerlukan kita melakukan beberapa perubahan bagi memenuhi kehendak masyarakat yang sentiasa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Faoni , Abdullawapa
Format: Thesis
Published: 2001
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/10700/1/faoni_abdulawapa.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/10700/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kemajuan bidang teknologi maklumat pada masa kini sangat menggalakkan di mana ia telah berkembang pesat bukan hanya membabitkan bidang Pendidikan sahaja malah turut membabitkan sektor lain. Perkembangan ini memerlukan kita melakukan beberapa perubahan bagi memenuhi kehendak masyarakat yang sentiasa mengikuti arus evolusi teknologi maklumat. Sesuatu perkara akan menjadi lebih mudah jika ianya dapat dicapai dengan hanya melayari internet. Sasaran projek membina sistem al-Quran online ini adalah untuk menyebarkan maklumat tentang kitab suci al-Quran dengan memberi focus terhadap pencaraian makna kalimah-kalimah al-Quran secara elektronik. Paparan surah adalah merangkumi surah-surah dalam juzu’ 30. Selain itu, terdapat juga ruangan forum yang meberi kemudahan kepada pengguna sistem ini bertukar-tukar informasi mengenai al-Quran. Ia juga mempunyai ciri-ciri sebuah aplikasi e-Pembelajaran dengan memuatkan elemen-elemen multimedia seperti teks, audio, grafik dan animasi. Ini dapat membantu proses pembelajaran menjadi lebih berkesan dan menarik. Projek ini dibangunkan dengan menggunakan metodologi pemprototaipan pantas dan pendekatan Human Computer Interaction (HCI) di mana ia menyediakan keperluan-keperluan yang lengkap dan ia menyokong aplikasi berterusan (rapid application) yang membantu mengurangkan risiko projek. Prinsip-prinsip kejuruteraan perisian iaitu analisis sistem dan rekabentuk diserapkan dalam memulakan dan meneruskan projek ini. Pekej ini dibangunkan dengan menggunakan peralatan perisian seperti Abode Photoshop, Macromedia Dreamweaver MX, Macromedia Flash MX, Macromedia Swish 2.0, My SQL, Sound Forge dan lain-lain.