Transkripsi temubual bersama Encik Mohd Syafie bin Abd Latiff dan Encik Rizal bin Md Misrom: mengenai sejarah perang dunia ke-2 di Segamat (kedatangan Jepun di Segamat) / Nurul Izzah Insyirah Johari and Maisara Najwa Ab Halim

Penyelidikan ini bertujuan untuk merekodkan segala bukti dan peristiwa sejarah yang melibatkan kedatangan Jepun di Segamat semasa Perang Dunia Kedua iaitu berlaku antara tahun 1940-1945. Kajian ini memfokuskan lokaliti tempatan yang menjadi saksi terhadap peristiwa tersebut seperti Jambatan Putus ya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Johari, Nurul Izzah Insyirah, Ab Halim, Maisara Najwa
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Johor 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82987/1/82987.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82987/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan ini bertujuan untuk merekodkan segala bukti dan peristiwa sejarah yang melibatkan kedatangan Jepun di Segamat semasa Perang Dunia Kedua iaitu berlaku antara tahun 1940-1945. Kajian ini memfokuskan lokaliti tempatan yang menjadi saksi terhadap peristiwa tersebut seperti Jambatan Putus yang berada di Buloh Kasap, Segamat, Johor. Tujuan kajian ini menumpukan lokaliti setempat seperti Segamat adalah untuk memelihara dengan mendokumenkan segala kisah-kisah yang terjadi semasa pendudukan Jepun di Segamat ini. Kajian ini dilakukan secara temubual bersama pengkisah yang arif mengenai peristiwa berikut untuk merekodkan sumber lisan dengan cara formal. Hasil kajian mendapati pelbagai kisah yang menarik dan peristiwa yang dapat memberi informasi tambahan bagi mengembangkan pemahaman dengan menggambarkan suasana dan keadaan semasa penjajahan Jepun di Segamat. Konklusinya, kajian yang dijalankan dapat memberi sumbangan kepada sejarah negara dan mempertingkatkan pengetahuan masyarakat supaya masyarakat lebih menghargai sejarah dan sekaligus membantu dalam menjaga warisan budaya yang ditinggalkan oleh generasi terdahulu untuk diperlihatkan bagi tatapan generasi muda yang akan datang.