Kit BanTow: solusi langkah pertama pasca perceraian / Marziana Abd Malib … [et al.]

Menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia 2020, jumlah ibu tunggal di Malaysia direkodkan hampir mencecah 1 juta orang. Ibu tunggal ini berhadapan dengan cabaran seperti ketidakstabilan ekonomi, urusan tuntutan hak selepas perceraian dan stigma masyarakat. Kesan penceraian ini menggugat kesejahter...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abd Malib, Marziana, Rabu, Noormala, Ismail, Maymunah, Mohd Aziz, Mohd Khairul Nizam, Ayub, Mohamad Shafiei, Ibrahim, Khalilah
Format: Article
Language:English
Published: Center for Islamic Philantrophy & Social Finance (CIPSF) 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78175/1/78175.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78175/
http://www.cipsf.my/#
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia 2020, jumlah ibu tunggal di Malaysia direkodkan hampir mencecah 1 juta orang. Ibu tunggal ini berhadapan dengan cabaran seperti ketidakstabilan ekonomi, urusan tuntutan hak selepas perceraian dan stigma masyarakat. Kesan penceraian ini menggugat kesejahteraan hidup wanita dan anak yang membesar tanpa ayah yang turut menyebabkan tekanan emosi. Masalah utama yang dihadapi adalah kekeliruan dalam mengambil langkah awal selepas berlakunya perceraian. Kebanyakan ibu tunggal tidak jelas kepada siapakah mereka mahu mengadu dan organisasi manakah yang patut dirujuk untuk menyelesaikan urusan berkaitan tuntutan hak mereka dan meneruskan kelangsungan hidup pasca perceraian. Ini adalah kerana, tidak terdapat satu panduan seperti senarai semak sebagai rujukan yang menyeluruh untuk membantu para ibu tunggal ini. Malah kebiasaannya, Jabatan Agama Islam lebih memfokuskan kepada perbincangan isu pembahagian harta dan hak selepas penceraian secara umum sahaja. Malah ketiadaan rujukan dalam bentuk senarai semak sebagai panduan dan langkah awal yang membimbing para ibu tunggal, menyukarkan mereka menguruskan tuntutan dan kehidupan selepas perceraian. Oleh itu kajian ini membina satu kit yang dinamakan Kit BanTow yang bermaksud “Bantu anak tolong wanita”. Kit ini mengandungi senarai semak hak-hak yang boleh dituntut oleh ibu tunggal dan senarai organisasi-organisasi penting berkaitan yang dilengkapi dengan QR Code supaya rujukan terus boleh dibuat. Objektif kit ini adalah pemudah cara dalam membantu dan membimbing wanita memulakan tuntutan selepas penceraian. Kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah pendekatan kualitatif dengan mengaplikasikan perbincangan kumpulan berfokus dan temubual separa berstruktur dengan pihak-pihak di organisasi yang berkaitan secara langsung dalam hal ehwal hak-hak wanita selepas perceraian. Manakala pemilihan informan adalah berdasarkan pensampelan bertujuan iaitu di kalangan ibu tunggal dengan kaedah temubual separa berstruktur. Keistimewaan Kit Ban Tow ini selain memudahkan ibu tunggal merujuk dalam mengambil tindakan awal, ia turut membantu Jabatan Agama Islam, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan para kaunselor dalam menyampaikan informasi dan membimbing para ibu tunggal. Ia bermanfaat membantu ibu tunggal memulakan langkah awal sebagai rujukan pasca penceraian dan ia turut memberi sinar harapan kepada ibu tunggal kerana ia dilengkapi dengan hak-hak yang boleh dituntut dan mengandungi maklumat organisasi berkaitan dalam meneruskan kelangsungan kehidupan pasca perceraian.