Program keusahawanan agroteknologi di Universiti Teknologi MARA (Pahang): strategi menempuh lautan biru / Muzamil Mustaffa … [et al.]

Kertas kerja ini membincangkan pembangunan program keusahawanan agroteknologi di Universiti Teknologi MARA (Pahang). Objektif kertas kerja ini ialah mengetengahkan strategi memperolehi dana untuk membangunkan usahawan khususnya usahawan agroteknologi. Permasalahan semasa berkaitan penyelidikan adala...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mustaffa, Muzamil, Hashim, Sarina, Abdul Rahman, Muhammad Zahran, Mat, Mustafa Kamal, Mat Junos, Khairulbakri, Abdul Ahmid, Muhammad Hanif
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68211/1/68211.PDF
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68211/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas kerja ini membincangkan pembangunan program keusahawanan agroteknologi di Universiti Teknologi MARA (Pahang). Objektif kertas kerja ini ialah mengetengahkan strategi memperolehi dana untuk membangunkan usahawan khususnya usahawan agroteknologi. Permasalahan semasa berkaitan penyelidikan adalah berkisar kepada peluang untuk mendapat sumber pembiayaan penyelidikan yang semakin sukar dan kompleks. Tanya adalah "lautan merah" di mana ramai penyelidik dari pelbagai institusi pengajian tinggi awam dan swasta dan agensi penyelidikan berusaha untuk mendapatkannya. Oleh itu, usaha merentasi "Iautan biru" perlu dilakukan bagi memastikan sejumlah dana diperolehi untuk memastikan program ini berjalan. Kejayaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) memperolehi anugerah sebagai sebuah universiti keusahawanan di Malaysia menyuntik semangat penyelidik untuk menyumbang idea dalam program keusahawanan. Bertitik tolak daripada visi dan misi universiti dalam melahirkan lebih ramai usahawan yang berdaya saing, kumpulan penyelidik UiTM (Pahang) telah berusaha dan berjaya memperolehi dana yang diperuntukan iaitu Dana Keusahawanan Sosial, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berjumlah RM100,000.00 pada tahun 2013. Dana ini bertujuan membangunkan usahawan agroteknologi melalui pendekatan kaedah kultur tisu dan fertigasi. Dalam program ini, sumber-sumber dalaman dan luar diintegrasikan bagi memastikan kejayaan memperolehi dana tersebut. Empat rangka kerja tindakan strategi lautan biru (SLB) iaitu penyingkiran, pengurangan, pengwujudan, dan peningkatan dalam mendapatkan dana dan membangunkan usahawan agroteknologi dibincangkan dalam kertas kerja ini.