Transkrip temubual bersama Encik Shahabuddin bin Sabu, Tukang Seni Warisan Keris mengenai pengalaman beliau sebagai penggiat Seni Warisan Keris / Nurul Syazwanie Mohd Sofian and Nur Farahin Abu Hassan

Transkrip ini membincangkan pengalaman seorang tokoh yang merupakan tokoh warisan seni yang telah melibatkan diri beliau di dalam bidang keris sejak muda dek kerana minat beliau terhadap seni keris ini. Sejak zaman dahulu, kewujudan keris adalah merupakan salah satu karya seni yang terhebat di mana...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Sofian, Nurul Syazwanie, Abu Hassan, Nur Farahin
Format: Monograph
Language:English
Published: Fakulti Pengurusan Maklumat 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65075/2/65075.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65075/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Transkrip ini membincangkan pengalaman seorang tokoh yang merupakan tokoh warisan seni yang telah melibatkan diri beliau di dalam bidang keris sejak muda dek kerana minat beliau terhadap seni keris ini. Sejak zaman dahulu, kewujudan keris adalah merupakan salah satu karya seni yang terhebat di mana secara langsung ianya turut serta dianggap sebagai salah satu khazanah budaya yang cukup istimewa di datam kalangan bangsa Melayu di segenap Nusantara. Dengan penyebaran keris yang meluas ke serata Nusantara, ia telah membawa kepada terlahirnya pelbagai jenis keris yang diperlihatkan sebagai satu perkara yang kreatif daripada segi pembuatannya. Di samping itu, dalam menyentuh sedikit mengenai latar belakang tokoh yang telah memberikan perkhidmatan dan pelbagai sumbangan, projek sejarah lisan ini akan berusaha menungkai kebenaran sepanjang penglibatannya mengenai penggunaan dan pembuatan keris itu tersendiri. Tambahan itu, selaras dengan objektif kajian tujuan ini dijalankan secara tidak langsung kajian turut akan berusaha mengupaskan mengenai pengalaman pahit, manis mahupun mistik yang pernah dihadapi oleh tokoh tersebut serta pandangan beliau terhadap isu-isu mengenai keris di dalam dasawarsa ini. Selanjutnya, sepanjang projek sejarah lisan ini, turut terselit pengharapan kepada para masyarakat di luar terutamanya kepada generasi masa kini dan akan datang dengan harapan bahawa akan menjumpai tokoh-tokoh yang telah menyumbang dan menjadikan pengalaman hidup tokoh-tokoh itu sebagai pengajaran dan panduan yang lebih memberi inspirasi di dalam kehidupan.