Pengurusan dan strategi perniagaan: Amal Shoppe BAKAT / Datin Maria Hj. Kamarulzaman

Penubuhan organisasi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah bertujuan untuk menjaga kebajikan hal ehwal keluarga anggota tentera melalui pelbagai aktiviti yang dirancang untuk dilaksanakan oleh ahli-ahli BAKAT tanpa mengira latar belakang mahupun pan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hj. Kamarulzaman, Datin Maria
Format: Article
Language:English
Published: UiTM Cawangan Negeri Sembilan 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65031/1/65031.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65031/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penubuhan organisasi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah bertujuan untuk menjaga kebajikan hal ehwal keluarga anggota tentera melalui pelbagai aktiviti yang dirancang untuk dilaksanakan oleh ahli-ahli BAKAT tanpa mengira latar belakang mahupun pangkat suami yang terdiri daripada pegawai dan anggota lain-lain pangkat. Penglibatan semua ahli BAKAT adalah sangat dialu-alukan dalam menyertai pelbagai aktiviti yang telah dirancang secara berkala pada setiap minggu. Di antara aktiviti-aktiviti yang dianjurkan adalah seperti aktiviti pendidikan, keagamaan, kebudayaan, kebajikan, lawatan sosial, kelas masakan, kraftangan, aktiviti riadah dan sukan. Sejajar dengan penglibatan agresif kaum wanita di dalam bidang keusahawanan dalam era digital dan globalisasi pada masa kini, usaha menjana ekonomi keluarga bukan sahaja terletak di bawah tanggungjawab suami bahkan turut sama dipikul oleh peranan isteri. Melihat kepada sumbangan besar perniagaan kepada ekonomi keluarga warga tentera, YAM Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Tengku Muhaini bt Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM menyarankan penubuhan projek keusahawanan yang dinamakan Amal Shoppe BAKAT dilaksanakan di setiap peringkat cabang perkhidmataan yang terdiri dari BAKAT Darat, BAKAT Udara dan BAKAT Laut. Matlamat utama projek ini adalah bagi memberi peluang dan ruang kepada para isteri anggota tentera untuk bergiat cergas di dalam bidang keusahawanan dengan menyediakan satu platform urusniaga secara fizikal. Di samping memberi peluang kepada para isteri menjana pendapatan keluarga, Projek Amal Shoppe ini juga membantu mengumpul dana bagi tabung BAKAT yang akan digunakan bagi tujuan kebajikan dan juga kegiatan ahli BAKAT.