Masalah parkir di tempat larangan UiTM (Pahang) Kampus Jengka: cadangan penyelesaian / Amminudin Ab Latif … [et al.]

Kawasan bangunan pentadbiran diketahui merupakan kawasan yang sering berlaku masalah parkir berdasarkan kepada penerimaan emel berkaitan perkara ini oleh warga kampus. Artikel ini ditulis untuk memahami faktor dan punca mengapa sebilangan warga kampus bertindak memakir di kawasan larangan dan seteru...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ab Latif, Amminudin, Muda, Mohd Fakri, Zainudin, Mohd Razmi, Bachok, Mohd Fairuz
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58446/1/58446.PDF
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58446/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kawasan bangunan pentadbiran diketahui merupakan kawasan yang sering berlaku masalah parkir berdasarkan kepada penerimaan emel berkaitan perkara ini oleh warga kampus. Artikel ini ditulis untuk memahami faktor dan punca mengapa sebilangan warga kampus bertindak memakir di kawasan larangan dan seterusnya mencadangkan penyelesaian. Kajian ini dilakukan melalui instrumen soalselidik yang melibatkan dua (2) kumpulan responden iaitu warga karnpus yang memandu yang pernah dan yang tidak pernah dikenakan tindakan atas kesalahan trafik. Faktor utama berlakunya kesalahan parkir di tempat larangan ini berpunca daripada warga kampus yang ingin menguruskan sesuatu hal sebentar di sesuatu tempat tetapi pada waktu yang sama tiada parkir kosong di tempat tersebut. Contoh penyelesaian yang praktikal adalah tidak hanya boleh mengelakkan ganguan trafik tetapi juga mengambilkira implikasi kos perlaksanaan dan juga penguatkusaan pihak berwajib di dalam kampus. Dapatan kajian ini juga telah menggariskan lima (5) cadangan penyelesaian iaitu, membenarkan parkir di tempat larangan tetapi dengan syarat ada pemandu menunggu di dalam kenderaan, menyediakan parkir sernentara, rnenambahkan bilangan parkir, parkir di tempat larangan dibenarkan hanya ketika waktu puncak dan tempat larangan parkir ditambah simbol, penanda, penunjuk dan maklumat berkaitan. lni kerana walaupun sesetengah pendapat rnengatakan bahawa perkara ini dapat diselesaikan dengan menambahkan bilangan parkir tetapi terdapat dapatan beberapa kajian menunjukkan bahawa tidak semua keadaan dapat diatasi dengan cadangan tersebut tetapi pendekatan terbaik sebenarnya adalah penyediaan parkir baru dengan langkah sokongan. Semoga dapatan dari kajian ini dapat membantu menyelesaikan masalah parkir dan kesalahan trafik ini di karnpus dan selanjutnya di mana-mana tempat turnpuan di dalam negara.