Pengautomasian pengurusan projek kepujian / Rossilawati Sulaiman …[et al.]

Salah satu syarat bagi penganugerahan ijazah sarjana muda teknologi maklumat di Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat,Universiti Kebangsaan Malaysia adalah lulus kursus Projek Kepujian. Bagi melengkapkan kursus ini, pelajar perlu mempraktikkan kemahiran dan menggabungkan ilmu yang telah dipelajari un...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sulaiman, Rossilawati, Mohd Salleh, Syahanim, Elias, Nur Fazidah, Mohamed Kassim, Junaidah, Yaakob, Mohd Ridzwan, Abd Aziz, Juzaiddin, Ab Rahman, Mahmud
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42660/3/42660%20b.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42660/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Salah satu syarat bagi penganugerahan ijazah sarjana muda teknologi maklumat di Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat,Universiti Kebangsaan Malaysia adalah lulus kursus Projek Kepujian. Bagi melengkapkan kursus ini, pelajar perlu mempraktikkan kemahiran dan menggabungkan ilmu yang telah dipelajari untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Secara amnya pelajar akan diumpukkan kepada pensyarah yang akan menyelia yang juga merupakan mentor mereka semenjak tahun pertama lagi. Namun begitu, pelajar masih boleh memilih penyelia yang lain mengikut bidang kepakaran dan tajuk yang diminati. Berbeza daripada perlaksanaan kursus-kursus yang lain, pelajar perlu melalui beberapa proses ketika menjalani Projek Kepujian mereka. Proses ini bermula daripada penentuan tajuk bersama penyelia, menghantar cadangan projek, pengesahan tajuk projek, perjumpaan berkala dengan penyelia, penyerahan laporan draf, persembahan projek atau proses penilaian dan akhir sekali pelajar dikehendaki menyerahkan laporan akhir. Proses-proses yang telah disebutkan memerlukan para pelajar mengisi banyak borang. Oleh itu satu sistem untuk menguruskan kesemua proses ini dibangunkan dengan harapan agar ia dapat mengurangkan penggunaan borang serta memudahkan proses pengurusan. Sistem ini juga mengambil kira perbezaan pengurusan projek yang terdapat pada setiap jabatan. Sebagai contoh kaedah umpukkan pelajar kepada penyelia, bilangan pemeriksa yang terlibat dan juga prosidur pemarkahan. Oleh itu sistem ini seharusnya fleksibel tanpa mengambil kira perbezaan di atas. Kertas ini akan membincangkan objektif serta metodologi tentang system yang akan dibangunkan. Beberapa cekupan skrin atau paparan prototaip turut ditunjukkan. Adalah menjadi satu harapan agar sistem ini dapat memenuhi semua objektif dan keperluan.