Quisy-SDS mempercepatkan proses pencarian maklumat keselamatan bahan kimia (Quisy-SDS accelerates the searching process of chemical safety datasheet) / Muhammad Firdaus Othman … [et al.]

Proses pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan di makmal kimia menggunakan pelbagai jenis bahan kimia yang berbahaya. Setiap bahan kimia yang disimpan di makmal perlu disertakan dengan maklumat keselamatan bahan kimia. Maklumat keselamatan bahan kimia mengandungi maklumat komposisi bahan kimi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Othman, Muhammad Firdaus, Abdul Wahab, Nor Aimi, Hasan, Suhaiza, Mokhtar, Marina, Mohd Napiah, Noorezal Atfyinna, Mokhtar, Mohd Noor, Ahmad, Sharaf
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UiTM (UiTM Press), Universiti Teknologi MARA 2019
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/29997/1/29997.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/29997/
https://jurim.uitm.edu.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Proses pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan di makmal kimia menggunakan pelbagai jenis bahan kimia yang berbahaya. Setiap bahan kimia yang disimpan di makmal perlu disertakan dengan maklumat keselamatan bahan kimia. Maklumat keselamatan bahan kimia mengandungi maklumat komposisi bahan kimia, cara penggunaan dan penyimpanan yang selamat serta langkah-langkah yang perlu diambil ketika kecemasan. Pengurusan dan penyimpanan maklumat bahan kimia yang tidak berkesan menyebabkan maklumat sukar untuk diakses dan mengakibatkan tindakan kecemasan lambat diambil sekiranya berlaku kemalangan. Untuk mengatasi masalah ini Quisy-SDS telah diperkenalkan untuk memastikan pengurusan maklumat bahan kimia yang lebih berkesan. Quisy-SDS adalah kaedah yang memudahkan semua pengguna makmal dan responden kecemasan untuk mengakses maklumat keselamatan bahan kimia yang digunakan. Kaedah ini menggunakan kod Quick Response (QR) dan laman sesawang yang membolehkan pengguna mengakses maklumat tersebut dalam masa yang singkat pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Penggunaan Quisy-SDS telah berjaya mengurangkan masa pencarian maklumat keselamatan bahan kimia sebanyak 98% berbanding kaedah lama.