Authorship pengarah filem tamil Mani Ratnam / Ilya Insyirah Mohd Isa

Kajian ini memfokuskan kepada karya-karya sentuhan Mani Ratnam, seorang pengarah, penulis dan penerbit perfileman Tamil yang berjaya di India. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti ciri-ciri kepengarahan Mani Ratnam menerusi tiga buah filem yang dipilih iaitu Nayakan (1987), Bombay (1995) d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Isa, Ilya Insyirah
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Film, Theatre and Animation 2016
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16865/2/PPb_ILYA%20INSYIRAH%20MOHD%20ISA%20FF%2016_5.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16865/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini memfokuskan kepada karya-karya sentuhan Mani Ratnam, seorang pengarah, penulis dan penerbit perfileman Tamil yang berjaya di India. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti ciri-ciri kepengarahan Mani Ratnam menerusi tiga buah filem yang dipilih iaitu Nayakan (1987), Bombay (1995) dan Kannatil Muthamittal (2002). Kajian ini mengaplikasikan teori Auteur atau Auteurism untuk melihat tiga aspek kepengarahan iaitu personal influence, individual sensibility dan artistic vision yang mempengaruhi tema, isu dan stailistik secara konsisten di dalam ketiga-tiga filem tersebut. Kajian ini cuba menghujahkan ciri-ciri authorship Mani Ratnam sebagai seorang auteur pengarah sinema Tamil ditakrifkan oleh ideologi yang berlandaskan sekularisme, humanisme dan nasionalisme menerusi sinematografi, suntingan, kesan bunyi dan muzik video secara pendekatan formalisme. Penulisan ini mengandungi lima bab iaitu sejarah dan perkembangan sinema Tamil khususnya di peringkat awal perkembangan filem Tamil yang mula bertapak di Tamil Nadu; mengenalpasti kajian-kajian lepas terhadap tiga buah filem yang mempunyai hubungkait dengan aspek kepengarahan; sejarah teori Auteur; analisis tiga buah filem yang berpusat kepada aspek pengarahan berdasarkan teori Auteur dan kesimpulan. Penulis mencadangkan supaya kajian lanjutan dapat dilakukan terhadap Mani Ratnam berhubung dengan semangat beliau terhadap sinema nasional.