Pembelajaran kemahiran membaca bahasa Arab secara dalam talian pelajar-pelajar Universiti Sains Islam Malaysia

Semua universiti termasuk Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah melaksanakan pembelajaran secara atas talian sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Malaysia dilaksanakan pada bulan Mac tahun 2020 yang lalu sehingga hari ini. Kesemua matapelajaran yang diajar di USIM termasuk matapelajaran Ba...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ismail, Halim, Ismail, Noor Azizi, Che Noh, Aderi
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Penerbit USIM 2021
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/97810/1/97810_Pembelajaran%20kemahiran%20membaca%20bahasa%20Arab.pdf
http://irep.iium.edu.my/97810/
https://drive.google.com/file/d/1vjjvT35-82UzEZjnSgboBClhxDMhAQ1t/view
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Semua universiti termasuk Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah melaksanakan pembelajaran secara atas talian sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Malaysia dilaksanakan pada bulan Mac tahun 2020 yang lalu sehingga hari ini. Kesemua matapelajaran yang diajar di USIM termasuk matapelajaran Bahasa Arab serta empat kemahirannya iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis telah diajar secara atas talian sejak tempoh berkenaan. Tujuan utama kajian adalah untuk melihat pelaksanaan pembelajaran kemahiran membaca Bahasa Arab dan permasalahannya di kalangan pelajar-pelajar tahun satu Fakulti Pengajian Utama (FPBU), USIM. Kajian adalah analisis kualitatif yang melihat secara dekat pelaksanaan kemahiran membaca Bahasa Arab secara atas talian berdasarkan kepada kajian lampau dan kajian-kajian lain yang pernah dijalankan. Data kajian diperolehi menerusi tinjauan dan temu bual. Seramai tujuh puluh lima (75) orang pelajar dari program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Pendidikan Islam, Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), USIM telah dipilih. Kajian mendapati kesemua pelajar mengikuti pembelajaran Bahasa Arab serta melaksanakan pembelajaran kemahiran membaca Bahasa Arab dengan baik. Walau bagimanapun terdapat sebahagian pelajar yang tidak dapat mengikuti sepenuhnya kelas serta melaksanakan kemahiran membaca Bahasa Arab disebabkan oleh masalah talian internet yang kurang stabil, suasana pembelajaran yang kurang kondusif serta beban tugasan pembelajaran yang agak banyak.