Gerakan pelampau agama: satu analisis

Bab Enam menganalisis fenemona gerakan pelampau agama atau “religious extremism” di peringkat lokal dan antarabangsa. Bab ini dihasilkan oleh empat penulis iaitu Ahmad El-Muhammady, Danial Mohd Yusof, Khairul Akhtar Raja Mohd Naguib dan Asma Muhammad Uthman El-Muhammady. Dalam bab ini, penulis membi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: El-Muhammady, Ahmad, Mohd Yusof, Danial, Raja Mohd Naguib, Raja Muhammad Khairul Akhtar, Muhammad Uthman El-Muhammady, Asma
Format: Book Chapter
Language:Malay
Published: Penerbit USIM & IPSOM 2024
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/116042/6/116042_%20Gerakan%20pelampau%20agama.pdf
http://irep.iium.edu.my/116042/
https://mybookstore.usim.edu.my/index.php?route=product/product&product_id=961&search=Pelampau+Keganasan+di+Malaysia
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bab Enam menganalisis fenemona gerakan pelampau agama atau “religious extremism” di peringkat lokal dan antarabangsa. Bab ini dihasilkan oleh empat penulis iaitu Ahmad El-Muhammady, Danial Mohd Yusof, Khairul Akhtar Raja Mohd Naguib dan Asma Muhammad Uthman El-Muhammady. Dalam bab ini, penulis membincangkan enam perkara pokok. Pertama, pelampau agama (ringkas PA) wujud dalam semua agama dan komuniti. Ia bermula dengan sikap dan pemikiran manusia dan menggunakan hujah agama sebagai justifikasi keabsahan fahaman mereka. Fenomena ini boleh diperhatikan dalam sejarah dan insiden yang berlaku pada hari ini. Kedua, untuk memahami konsep PA, dua perkara perlu diperhatikan, iaitu konsep fahaman arus perdana yang menjadi ikutan ramai, dan fahaman radikal atau pelampau yang melencong daripada fahaman arus perdana. Ketiga, PA dikaitkan dengan cara berfikir atau “psychological signature”, personaliti, dan pola ideologi yang tegar dan keras. Keempat, pembentukan ideologi PA bermula dengan mengenal pasti krisis yang berlaku dalam dunia, wujudnya rasa tanggungjawab, penentuan visi dan misi yang perlu dibuat untuk mencapai tujuan atau misi. Ini jelas dapat dilihat dalam ideologi Daesh dan berhaluan kanan yang dipegang oleh Brenton Tarrant. Kelima, PA mempunyai kesan jangka panjang pada negara sekiranya ia tidak ditangani dengan segera, kerana ideologi boleh tersebar dengan mudah dalam era teknologi maklumat hari ini. Keenam, dalam usaha menangani ancaman kumpulan ini juga, perlu juga difahami punca krisis yangberlaku dalam kehidupan mereka kerana hakikatnya setiap perbuatan itu mempunyai punca sebab atau “root causes” . Antaranya kemunculan Daesh adalah disebabkan penaklukan dan kekejaman Amerika Syarikat di Iraq dan Afghanistan. Oleh itu, generasi yang lahir dalam tempoh itu mengalami trauma peperangan yang teruk hingga membentuk cara berfikir mereka.