‘Halalkan’ mercun, nikotin cemar kesucian hari raya

“Pendidikan dan pemba­ngunan jiwa anak bangsa perlu seiring dengan polisi yang digariskan kerajaan. Susah benar jika rakyat bawahan dan cerdik pandai mahu ke kanan, manakala pembuat polisi bertegas mahu ke kiri kerana sedikit laba yang dilihat mampu mengembungkan poket.” Hidup sebagai ibu bapa at...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Rahim, Abdullah Bukhari
Format: Article
Language:Malay
Published: Media Mulia Sdn. Bhd. 2023
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/104455/1/%27Halalkan%27%20mercun%2C%20nikotin%20cemar%20kesucian%20hari%20raya_Utusan%20Malaysia_12042023.pdf
http://irep.iium.edu.my/104455/
https://www.utusan.com.my/gaya/2023/04/halalkan-mercun-nikotin-cemar-kesucian-hari-raya/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:“Pendidikan dan pemba­ngunan jiwa anak bangsa perlu seiring dengan polisi yang digariskan kerajaan. Susah benar jika rakyat bawahan dan cerdik pandai mahu ke kanan, manakala pembuat polisi bertegas mahu ke kiri kerana sedikit laba yang dilihat mampu mengembungkan poket.” Hidup sebagai ibu bapa atau anggota masyarakat semakin mencabar. Saban hari ada sahaja ujian baharu menerpa secara sedar atau tidak. Terbaharu kita dikejutkan dengan keputusan kerajaan membenarkan penjualan 45 jenis mercun dan bunga api dengan permit khas sempena musim perayaan dan tindakan mengeluarkan nikotin daripada Akta Racun 1952 bagi mengenakan cukai kepada cecair vape. Umpamanya kita cuba membersihkan sungai yang dicemari sisa industri bagi menjamin kebersihan dan kesihatan air dalam rumah kita. Namun pihak berkuasa pula memberi lesen kepada pemain industri untuk membuang sejumlah sisa kilang ‘tertentu’ daripada mereka ke dalam sungai, atas alasan ia jadi sumber pendapatan kerajaan dengan “sewa guna arus sungai sebagai pembawa sisa berbahaya ke laut” yang kemudiannya memudaratkan penduduk seluruh kawasan.