Demografi remaja wanita bermasalah: kajian analisis terhadap penghuni dua pusat bimbingan, Raudhatus Sakinah dan Dar As-Sa’adah

Umum mengetahui bahawa keruntuhan akhlak remaja mempunyai hubungan rapat dengan demografi remaja itu sendiri dan demografi ibu bapa mereka. Justeru, kajian ini bertujuan menganalisis demografi tersebut bagi meneliti ciri-ciri penghuni rumah pemulihan akhlak sekaligus mengetahui ciri-ciri kebanyakan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ali, Nurul Badriyah, Usman Agung, Ummi Farhah, Ahmad, Siti Hawa
Format: Article
Language:Malay
Published: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor 2016
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/103868/1/Journal%20sendiri%20KUIS%20%282%29%20VERIFIED%20BY%20SV.pdf
http://irep.iium.edu.my/103868/
http://journal.kuis.edu.my/jsass/issues/jsass-vol-3-bil-1-2016
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Umum mengetahui bahawa keruntuhan akhlak remaja mempunyai hubungan rapat dengan demografi remaja itu sendiri dan demografi ibu bapa mereka. Justeru, kajian ini bertujuan menganalisis demografi tersebut bagi meneliti ciri-ciri penghuni rumah pemulihan akhlak sekaligus mengetahui ciri-ciri kebanyakan remaja yang terlibat dengan masalah salahlaku, sebagai salah satu langkah untuk membendung keruntuhan akhlak daripada terus berlaku. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan metode lapangan. Hasil kajian dianalisis menggunakan sistem SPSS22 dengan menggunakan pengiraan kekerapan melalui kadar peratusan. Kajian ini dibataskan kepada dua pusat bimbingan remaja wanita, Raudhatus Sakinah dan Dar As-Saadah pada tahun 2013 dan 2014, dengan jumlah responden seramai 108 orang. Kajian ini terbahagi kepada tiga bahagian; pertama: demografi responden, kedua: demografi ibu bapa responden, ketiga: analisis demografi responden dan ibu bapa responden. Dapatan dan analisis menunjukkan beberapa persamaan ciri-ciri yang dikenalpasti terdapat pada kebanyakan penghuni kedua-dua pusat bimbingan, antaranya: berasal daripada golongan berpendapatan rendah, penggunaan masa yang tidak berkualiti serta taraf pendidikan remaja dan ibu bapa yang rendah. Kajian ini mencadangkan usaha pelbagai pihak khususnya ibu bapa dan keluarga untuk mendidik remaja dengan nilai kehidupan yang baik sebagai kunci kepada pengurangan masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan mereka.