Privasi dan perisytiharan pemelukan Islam menurut perspektif Islam

Artikel ini membincangkan tentang privasi dan perisytiharan pemelukan Islam menurut perspektif Islam. Isu ini perlu kepada penyelesaian ekoran banyak kesulitan timbul akibat kemasukan Islam seseorang mualaf itu dirahsiakan daripada pengetahuan anggota keluarga. Objektif kajian ini adalah bagi men...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Khairani Husin,, Mohd. Al Adib Samuri,, Mohd. Zamro Muda,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9844/1/12493-34081-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/9844/
http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/752
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini membincangkan tentang privasi dan perisytiharan pemelukan Islam menurut perspektif Islam. Isu ini perlu kepada penyelesaian ekoran banyak kesulitan timbul akibat kemasukan Islam seseorang mualaf itu dirahsiakan daripada pengetahuan anggota keluarga. Objektif kajian ini adalah bagi meneliti pemakaian konsep privasi dan perisytiharan pemelukan Islam semasa zaman Rasulullah SAW, di samping membuat perbandingan dengan situasi pemakaiannya di negara ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kualitatif menerusi instrumen analisis kandungan berasaskan pendekatan deskriptif. Dapatan kajian mendapati konsep privasi dan perisytiharan pemelukan Islam semasa zaman Rasulullah SAW diaplikasikan sewajarnya dengan mengambil kira pertimbangan situasi semasa itu dan bukannya atas dasar kepentingan diri. Bagaimanapun, konsep kerahsiaan kemasukan Islam yang diaplikasikan di negara ini masih terdapat unsur-unsur yang merujuk kepentingan diri sendiri terutama bagi melepaskan diri dari tanggungjawab yang perlu dilunaskan mengikut syarak. Kajian ini penting kerana sehingga kini masih belum ada satu peraturan khusus digubal bagi menangani isu ini.