Implementasi dasar sosial dan impak kepada komuniti : kajian perbandingan di Malaysia dan Indonesia

Pembangunan sosial merupakan sebahagian daripada penyumbang kepada kemajuan negara. Kerangka pembangunan ekonomi yang mendasari kemajuan negara-negara dunia lebih lima dekad yang lalu semakin diselarikan dengan kerangka pembangunan sosial kerana implikasi yang besar ke atas pembangunan manusia dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad Zahir Zainudin,, Roziah Omar,, Mohd Fauzi Kamarudin,
Format: Article
Language:English
Published: Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM 2015
Subjects:
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9166/1/Implimentasi_dasar_sosial_dan_impak_kepada_komuniti.pdf
http://journalarticle.ukm.my/9166/
http://www.ukm.my/iman/index.php/en/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembangunan sosial merupakan sebahagian daripada penyumbang kepada kemajuan negara. Kerangka pembangunan ekonomi yang mendasari kemajuan negara-negara dunia lebih lima dekad yang lalu semakin diselarikan dengan kerangka pembangunan sosial kerana implikasi yang besar ke atas pembangunan manusia dan alam sekitar. Kajian ini ingin melihat bagaimana dasar sosial dilaksanakan di kedua-dua buah negara dan sejauh mana pelaksanaannya memberi impak kepada komuniti setempat. Kaedah kuantitatif dan kualitatif digunakan secara bersama untuk mendapatkan hasil yang lebih jelas dalam pelaksanaan dasar sosial. Data kajian dikumpulkan melalui set borang soal selidik, rujukan dan perbincangan dengan kumpulan pakar, perbincangan kumpulan berfokus dan pemerhatian langsung. Penekanan ke atas pembangunan sosial yang bermula sekitar tahun 1980-an telah dilihat penting demi kelestarian dan kemajuan sesebuah negara. Bentuk dan corak pentadbiran di Malaysia dan Indonesia mempengaruhi pembangunan sosial kedua-dua buah negara. Situasi sosial jauh berbeza berdasarkan jumlah penduduk, perubahan-perubahan yang berlaku dan trend dalam sejarah pembangunan negara. Perbezaan ini wujud disebabkan usaha-usaha pembasmian kemiskinan yang dilakukan oleh kedua-dua buah negara bergerak pada kadar yang tidak sekata. Pembentukan dasar sosial menjadi bertambah penting untuk mengurus komuniti yang semakin berkembang dan kompleks. Dalam melaksanakan perancangan pembangunan sosial, persekitaran semula jadi dalam hubungan di antara pelaksana dasar dan kumpulan sasar adalah sama penting dengan kandungan dasar. Impak dasar sosial dalam pendidikan, kesihatan dan kerjaya, kerapkali bergantung kepada aktiviti yang terlibat dalam kalangan individu dan komuniti. Memberi tumpuan kepada hubungan dan interaksi ini dapat meningkatkan kefahaman impak dasar sosial dalam kalangan komuniti di Malaysia dan Indonesia.