Persepsi pelajar-pelajar pengajian Islam IPTS terhadap isu-isu fahaman Islam Liberal

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar-pelajar pengajian Islam di IPTS terhadap isu-isu fahaman Islam Liberal. Persepsi yang dikaji adalah berhubung dengan dua isu yang diperjuangkan oleh fahaman tersebut iaitu isu aurat dan isu kebebasan beragama. Kajian ini memilih Kolej Univer...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Fairuz Jamaluddin,, Latifah Abdul Majid,
Format: Article
Language:English
Published: Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia 2013
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6567/1/makalah01.pdf
http://journalarticle.ukm.my/6567/
http://www.ukm.my/jhadhari/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar-pelajar pengajian Islam di IPTS terhadap isu-isu fahaman Islam Liberal. Persepsi yang dikaji adalah berhubung dengan dua isu yang diperjuangkan oleh fahaman tersebut iaitu isu aurat dan isu kebebasan beragama. Kajian ini memilih Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sebagai lokasi kajian yang melibatkan 100 responden iaitu pelajar-pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda. Metodologi yang digunakan adalah gabungan dua metode utama kajian iaitu kajian analisis dokumen dan kajian tinjauan yang melibatkan pengedaran soal selidik serta temu bual. Dapatan menunjukkan bahawa kebanyakan responden telah menolak kedua-dua isu yang diketengahkan oleh fahaman Islam Liberal. Namun yang demikian, terdapat juga sebilangan mereka telah memperlihatkan persepsi yang cenderung ke arah pemikiran Islam Liberal terhadap isu-isu tersebut. Justeru, kajian ini dapat memberi sumbangan kepada pihak KUIS berhubung dengan persepsi pelajar mereka mengenai isu-isu fahaman Islam Liberal.