Penyertaan ekonomi wanita Melayu dalam zaman kesultanan Melayu: permulaan bagi sebuah perjuangan dalam ekonomi

Perjalanan sejarah negara hinggalah mencapai kemerdekaan telah diisi dengan pelbagai suka duka, ketabahan dan kesungguhan anak watan bagi mengubah hidup dan perjuangan menuntut hak di bumi sendiri. Wanita Melayu juga tidak ketinggalan dalam mengalami perjalanan sejarah yang sama. Wanita Melayu pada...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nordin Hussin,, Rahilah Omar,, Siti Fathihah Abd Latif,
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6121/1/Akademika_82%282%29Chap_6-locked.pdf
http://journalarticle.ukm.my/6121/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perjalanan sejarah negara hinggalah mencapai kemerdekaan telah diisi dengan pelbagai suka duka, ketabahan dan kesungguhan anak watan bagi mengubah hidup dan perjuangan menuntut hak di bumi sendiri. Wanita Melayu juga tidak ketinggalan dalam mengalami perjalanan sejarah yang sama. Wanita Melayu pada hari ini sudah mampu untuk berdiri atas kaki sendiri, dan berjuang bagi memperbaharui diri dan hidup sendiri. Bukan sahaja bagi kepentingan sendiri, malahan juga mampu meningkatkan taraf kehidupan keluarga serta menjadi antara penyumbang utama kewangan keluarga. Namun, kesenangan dan kebebasan yang kini dimiliki oleh golongan hawa ini bukanlah suatu yang mudah diperoleh. Bermula dengan zaman kesultanan Melayu, melepasi era kolonialisme sehinggalah era kemerdekaan, wanita Melayu melalui pelbagai cabaran dan kekangan. Keupayaan menembusi bidang ekonomi merupakan satu indikator penting dalam menentukan sama ada kelangsungan wanita Melayu berlaku dan dapat diteruskan. Artikel ini mengkaji penglibatan wanita Melayu dalam ekonomi melalui tiga tahap masa iaitu semasa era Kesultanan Melayu, era kolonialisme dan setelah negara mencapai kemerdekaan. Metodologi yang digunakan ialah kaedah 'content analysis' dan juga kajian kepustakaan. Kajian ini mendapati bahawa wanita Melayu sememangnya mengalami perubahan dan perkembangan terutamanya daripada aspek penglibatan dalam sektor ekonomi. Wanita Melayu hari ini semakin menyumbang sebagai tenaga buruh aktif dalam pelbagai sektor berbanding hanya sebagai pekerja sampingan tanpa upah tetap atau sebagai pekerja tidak formal.