Perdagangan informal rentas sempadan Malaysia-Indonesia: kajian kes di Serikin, Daerah Bau, Sarawak

Pelan Kerjasama Segitiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia dan Thailand (IMT-Growth Triangle) telah digubal sebagai langkah untuk merangsang aktiviti dan pertumbuhan ekonomi ketiga-tiga negara berkenaan. Sekali pun Sarawak dan Kalimantan tidak termasuk dalam pelan tersebut, perdagangan Malaysia-Indone...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abd. Hair Awang,, Noor Rahamah Hj Abu Bakar,, Junaenah Sulehan,, Mohd Yusof Hj Abdullah,, Ong, Puay Liu
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2013
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6067/1/60-68.pdf
http://journalarticle.ukm.my/6067/
http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pelan Kerjasama Segitiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia dan Thailand (IMT-Growth Triangle) telah digubal sebagai langkah untuk merangsang aktiviti dan pertumbuhan ekonomi ketiga-tiga negara berkenaan. Sekali pun Sarawak dan Kalimantan tidak termasuk dalam pelan tersebut, perdagangan Malaysia-Indonesia terus berkembang. Aliran keluar masuk input dan transaksi komoditi di perbatasan Sarawak-Kalimantan terus meningkat khususnya dilaluan formal. Pun begitu bila berkembangnya pekan kecil Serikin menjadi pusat membeli belah telah melontarkan tandatanya yang terkait dengan transformasi ekonomi yang pantas. Walau pun tiada laluan formal lintas sempadan serta pusat pemeriksaan imigresen dan kastam antarabangsa (CIQ), Serikin telah membangun sebagai pusat perdagangan informal yang dinamik. Pedagang Indonesia dan pengguna Malaysia berhimpun pada hujung minggu di pekan kecil ini dan menggiatkan transaksi di pinggir sempadan antara dua negara. Bersandarkan fenomena ekonomi dan sosial yang luar biasa, tujuan makalah ini adalah untuk membincangkan kegiatan perdagangan informal lintas sempadan dengan memberi fokus kepada penentu penyertaan dan pemilihan lokasi strategik pedagang-pedagang asing terutama yang datang dari Kalimantan Barat dan impaknya terhadap komuniti tempatan.