Pendopan kimia poli(4,4' -difenilena difenilvinilena)

Poli(4,4'-difenilena difenilvinilena) telah disintesis daripada 4,4'­-dibenzoilbifenil menggunakan TiCl4 dan serbuk zink masing-masing sebagai mangkin dan agen penurun di dalam THF. 4,4'-Dibenzoilbijenil telah disediakan melalui tindak balas Friedel-Crafts daripada benzoilklorida dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rusli Daik,, Quek , May Fung
Format: Article
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2004
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3881/
http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol33num2_2004/vol33num2_04page1-8.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Poli(4,4'-difenilena difenilvinilena) telah disintesis daripada 4,4'­-dibenzoilbifenil menggunakan TiCl4 dan serbuk zink masing-masing sebagai mangkin dan agen penurun di dalam THF. 4,4'-Dibenzoilbijenil telah disediakan melalui tindak balas Friedel-Crafts daripada benzoilklorida dan bijenil sebagai bahan mula dan AlCl3 kontang sebagai mangkin. Analisis unsur, kromatogram GCMS, spektrum FTIR dan penentuan takat lebur menunjukkan sebatian 4,4' -dibenzoilbifenil telah berjaya diperolehi dengan ketulenan 100%. Polimer telah berjaya disintesis dengan pengumpulan semula bahan sebanyak 72%. Suhu peralihan kaca, Tg dan suhu penguraian terma, Td bagi polimer masing-masing adalah 196°C dan 465°C. Kromatografi penelapan gel menunjukkan polimer yang dihasilkan mempunyai jisim molekul purata nombor dan jisim molekul purata berat masing-masing adalah 7,400 g/mol dan 15,500 g/mol. Kekonduksian polimer asal adalah 8.3 x 10-11 Scm-1, manakala kekonduksian maksimum polimer terdop LiClO4 dan iodin masing-masing adalah 1.7 x 10-7 Scm-I (peningkatan sebanyak 2007 kali ganda) dan 5.5 x 10-9 Scm-1 (peningkatan sebanyak 66 kali ganda) dengan kandungan agen pendop optimum sebanyak 18. 75% dan 37.50%.