Perlakuan beberapa unsur major dan unsur surih dalam profil luluhawa batuan basalt di Segamat Johor

Batuan basalt yang terluluhawa sepenuhnya telah dicerap di lokaliti PSK Lebuhraya Segamat-Kuantan. Profil luluhawa yang boleh dilihat perubahan daripada batuan segar hingga tanih didapati di lokaliti PKJ Kuari Kg. Jabi. Dua contoh profil dengan masing-masing 12 sampel dan 13 sample tanih telah dikaj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Baba Musta,, Mohamad Md. Tan,
Format: Article
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 1996
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3675/
http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol25num1_1996/vol25num1_96page1-18.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Batuan basalt yang terluluhawa sepenuhnya telah dicerap di lokaliti PSK Lebuhraya Segamat-Kuantan. Profil luluhawa yang boleh dilihat perubahan daripada batuan segar hingga tanih didapati di lokaliti PKJ Kuari Kg. Jabi. Dua contoh profil dengan masing-masing 12 sampel dan 13 sample tanih telah dikaji untuk menentukan perlakuan beberapa unsur major dan unsur surih batuan basalt yang terluluhawa. Kaedah analisis yang digunakan ialah pendarflour sinar-X (XRF) dan pembelauan sinar-X (XRF). Kajian petrografi pula dibuat pada sampel batuan segar dan sampel konkresi. Nilai unsur major TiO2, Al2O3 dan Fe2O3 bertambah dengan bertambahnya darjah luluhawa manakala SiO2 dan CaO menyusut. Hubungan korelasi Fe2O3 + Al2O3 dengan L.O.I dan Fe2O3 denagn Al2O3 adalah jelas. Unsur surih nikel (Ni) kobalt (Co), kromium (Cr) dan zink (Zn) mempunyai perlakuan yang berbeza-beza dengan luluhawa. Perlakuan yang ditunjukkan oleh unsur major dan surih tersebut dikawal oleh mineral sekunder (koalinit, nakrit, geotit, hematit dan gibsit).