Latar geografi maritim dan akal budi Melayu dalam pantun

Struktur latar geografi maritim di Nusantara banyak dicatatkan dalam pantun-pantun tradisional Melayu. Alam geografi terbahagi kepada dua, iaitu geografi fizikal dan geografi manusia. Masyarakat Melayu lebih banyak menggunakan latar geografi fizikal yang melibatkan alam sekeliling dalam penciptaan p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Maulana Al-Fin Che Man,, Nor Hashimah Jalaluddin,, Junaini Kasdan,
Format: Article
Language:English
Published: Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19291/1/jatma-2022-1002-04.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19291/
https://www.ukm.my/jatma/jilid-10-bil-2/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Struktur latar geografi maritim di Nusantara banyak dicatatkan dalam pantun-pantun tradisional Melayu. Alam geografi terbahagi kepada dua, iaitu geografi fizikal dan geografi manusia. Masyarakat Melayu lebih banyak menggunakan latar geografi fizikal yang melibatkan alam sekeliling dalam penciptaan pantun. Nilai estetika pantun dapat dilihat melalui pemilihan leksikal dan makna yang tepat, pemikiran dan falsafah yang keseluruhannya terkandung dalam rangkap pantun. Walaupun telah banyak kajian lalu berkaitan pantun dijalankan, namun kebanyakan kajian hanya menghuraikan makna pantun secara deskriptif berpandukan bait-bait pantun. Kajian pantun berasaskan teori, seperti Teori Relevans dan Teori Medan Makna hanya terhenti pada peringkat kognitif. Kajian pantun yang berlandaskan pendekatan semantik inkuisitif pula lebih tertumpu kepada elemen flora dan fauna berbanding latar geografi maritim. Bagi mengisi kelompangan kajian lalu, maka kajian ini akan memberikan tumpuan kepada unsur maritim dalam pantun, khususnya latar geografi maritim berteraskan pendekatan semantik inkuisitif. Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk (1) mengenal pasti geografi tempat (maritim) berdasarkan unsur geografi yang terdapat dalam pantun tradisional Melayu, seperti pulau, tanjung, kuala, teluk, laut dan pantai; (2) menghuraikan hubung kait pembayang dan makna pantun yang mengandungi unsur geografi tempat (maritim) secara lebih mendalam, sehingga menemui falsafah dan akal budi Melayu. Data kajian ini difokuskan kepada pantun yang berunsurkan geografi tempat (maritim) daripada buku Kurik Kundi Merah Saga Kumpulan Pantun Lisan Melayu (2013). Sebanyak 408 pantun yang mempunyai leksikal geografi tempat (maritim) dianalisis menggunakan konsep ad-hoc dan pendekatan semantik inkuisitif. Hasil kajian mendapati bahawa objek ‘tanjung’ bersifat metafora dan dianalogikan kepada ‘tapak kasih sayang’, manakala objek ‘pulau’ pula dianalogikan kepada ‘jarak kasih sayang’. Pemilihan objek ‘tanjung’ dan ‘pulau’ membuktikan kehalusan akal budi Melayu yang mengasosiasikan objek tersebut dengan pemeringkatan dan kesantunan dalam amalan berkasih sayang masyarakat Melayu terdahulu.