Perkembangan syarikat percetakan Qalam Press, 1948-1969

Selepas perang dunia kedua, banyak syarikat percetakan Melayu ditubuhkan bagi memeriahkan lagi industri percetakan dan persuratkhabaran yang terdapat di Tanah Melayu. Qalam Press merupakan antara syarikat percetakan persendirian Melayu yang telah ditubuhkan oleh Syed Abdullah bin Hamid Al-Edrus (Edr...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Shahrul Azha Mohd Sharif,, Arba'iyah Mohd Noor,, Mohd Firdaus Abdullah,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18673/1/47776-180418-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/18673/
https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1473
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Selepas perang dunia kedua, banyak syarikat percetakan Melayu ditubuhkan bagi memeriahkan lagi industri percetakan dan persuratkhabaran yang terdapat di Tanah Melayu. Qalam Press merupakan antara syarikat percetakan persendirian Melayu yang telah ditubuhkan oleh Syed Abdullah bin Hamid Al-Edrus (Edrus) dan dilihat berperanan penting dalam penerbitan majalah, novel dan karya-karya keagamaan sepanjang tempoh yang dinyatakan. Malah Qalam Press turut mempunyai pelbagai strategi dan cara tersendiri bagi menjadikan penerbitan mereka sentiasa relevan serta berdaya saing dengan syarikat percetakan lain. Walau bagaimanapun, syarikat penerbitan ini turut menghadapi konflik dan masalah yang tersendiri hingga menyaksikan pelbagai tindakan susulan diambil bagi menyelesaikan permasalahan yang dinyatakan. Maka dengan itu, penyelidikan ini ingin melihat sejauh mana Qalam Press berjaya meletakkan syarikat mereka sebagai antara syarikat percetakan persendirian Melayu terkemuka di Tanah Melayu bermula dari tahun 1948 sehingga tahun 1969. Penyelidikan ini merupakan penyelidikan sejarah berbentuk kualitatif yang turut mengaplikasi kaedah sejarah lisan. Sumber penyelidikan diperoleh daripada Arkib Negara Malaysia, Perpustakaan IPTA di seluruh Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia, jabatan kerajaan dan lain-lain lagi. Hasil kajian mendapati, Qalam Press berjaya menjadi salah sebuah syarikat percetakan persendirian Melayu yang bertahan lama dalam industri percetakan di Tanah Melayu disebabkan pelbagai strategi pemasaran dan pengurusan yang dijalankan oleh pihak syarikat yang dilihat membantu perkembangan Qalam Press.