Budaya politik federal : memikirkan federalisme Malaysia dari perspektif normatif

Perbincangan federalisme di Malaysia sering memfokuskan kepada pendekatan struktural dan institusional seperti pembahagian kuasa, sentralisasi, federalisme fiskal, dan hubungan kerajaan pusat-negeri. Artikel ini sebaliknya, cuba meneroka federalisme Malaysia dari perspektif normatif, iaitu dari aspe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Aqmar Ahmad Tajudin,, Muhamad Nadzri Mohamed Noor,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18601/1/50311-163919-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/18601/
https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1415
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perbincangan federalisme di Malaysia sering memfokuskan kepada pendekatan struktural dan institusional seperti pembahagian kuasa, sentralisasi, federalisme fiskal, dan hubungan kerajaan pusat-negeri. Artikel ini sebaliknya, cuba meneroka federalisme Malaysia dari perspektif normatif, iaitu dari aspek budaya politik federal – sebagai satu set tingkah laku dan mekanisme dalam menguruskan kerencaman etnik dan kestabilan politik. Perspektif ini memfokuskan kepada tiga hal, iaitu federalisme sebagai perjanjian ikatan moral, federalisme sebagai solidariti sosial, dan federalisme sebagai desentralisasi kuasa. Menggunakan sumber primer melalui temu bual dan sumber sekunder seperti karya akademik dan akhbar yang dianalisis secara kualitatif, artikel ini menghujah budaya politik federal adalah penting dalam sesebuah negara persekutuan kerana ia bukan sahaja dapat melengkapi pendekatan struktural dan institusional dalam federalisme Malaysia, malah sifatnya yang menepati prinsip federalisme sejati seperti penyatuan dalam kepelbagaian, pembahagian kuasa, autonomi dan kerjasama politik. Di akhir perbincangan, artikel ini menyimpulkan bahawa budaya politik federal menyediakan sebuah cara berfikir, tindakan dan budaya berpolitik yang bersesuaian dengan nilai dan cara hidup berpersekutuan sekaligus memupuk kesepaduan sosial, integriti wilayah dan serta kestabilan politik di Malaysia.