Teknologi pembuatan atap genting struktur monumen jeti dan syahbandar Kompleks Arkeologi Sungai Batu : interpretasi awalan berdasarkan analisis petrografi, belauan sinar-X (XRD) dan pendarfluor sinar-X (XRF)

Kajian arkeologi di Kompleks Arkeologi Sungai Batu, Kedah telah menemukan artifak atap genting yang bertaburan di tapak monumen jeti dan syahbandar. Temuan tersebut jelas mendedahkan industri pembuatan atap genting telah bermula di kawasan Semenanjung Tanah Melayu sejak 582 Sebelum Masihi berdasarka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Hasfarisham Abd Halim,, Mokhtar Saidin,
Format: Article
Language:English
Published: Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18509/1/jatma-2022-1001-08.pdf
http://journalarticle.ukm.my/18509/
https://www.ukm.my/jatma/jilid-10-bil-1/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian arkeologi di Kompleks Arkeologi Sungai Batu, Kedah telah menemukan artifak atap genting yang bertaburan di tapak monumen jeti dan syahbandar. Temuan tersebut jelas mendedahkan industri pembuatan atap genting telah bermula di kawasan Semenanjung Tanah Melayu sejak 582 Sebelum Masihi berdasarkan pentarikhan struktur monumen berkenaan. Atap genting tersebut dihasilkan daripada tanah liat yang diperoleh dari kawasan berdekatan dengan Kompleks Arkeologi Sungai Batu, ditumbuk sebelum diuli dan dibakar di dalam relau pada suhu sehingga 1400°C berdasarkan kehadiran mineral mulit dan kristobolit. Kesemua data berkenaan memperlihatkan perkembangan teknologi penghasilan dan pembinaan yang telah pesat berlangsung di kawasan ini semenjak sebelum kurun pertama Masihi.