Kelestarian pengurusan rantaian bekalan di Malaysia: isu dan masa hadapan

Kelestarian pengurusan rantaian bekalan semakin diberi perhatian dan mendapat tempat dalam pelbagai industri. Ia juga diaplikasikan dalam syarikat bagi meningkatkan prestasi syarikat. Namun, piawaian kelestarian pengurusan rantaian bekalan antara syarikat tidak sama walaupun berada dalam satu in...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Amni Husna Mohd Nashir,, Syaimak Abdul Shukor,, Sheikhi, Aida
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16836/1/05.pdf
http://journalarticle.ukm.my/16836/
https://www.ukm.my/apjitm/articles-year.php
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kelestarian pengurusan rantaian bekalan semakin diberi perhatian dan mendapat tempat dalam pelbagai industri. Ia juga diaplikasikan dalam syarikat bagi meningkatkan prestasi syarikat. Namun, piawaian kelestarian pengurusan rantaian bekalan antara syarikat tidak sama walaupun berada dalam satu industri. Piawaian kelestarian biasanya menumpukan kepada pengurusan servis atau produk untuk meminimalkan kos. Kajian yang telah dilakukan juga banyak memberi tumpuan kepada satu atau dua aspek kelestarian seperti dari segi persekitaran sahaja atau persekitaran dan ekonomi sahaja. Kajian lepas juga menunjukkan tidak banyak kajian terhadap ketiga-tiga aspek kelestarian. Kekurangan satu piawaian umum yang menggabungkan ketiga-tiga aspek kelestarian untuk dijadikan sebagai panduan asas dalam mencapai kelestarian pengurusan rantaian bekalan membawa kepada kajian ini. Secara amnya, kertas ini membincangkan gambaran keseluruhan kelestarian pengurusan rantaian bekalan terutamanya di Malaysia. Konsep pengurusan rantaian bekalan, kelestarian pengurusan rantaian bekalan, kepentingan dan hubungan antara kelestarian dan pengurusan rantaian bekalan turut dibincangkan secara menyeluruh. Cabaran dan isu dalam kelestarian pengurusan rantaian bekalan secara am dan khususnya di Malaysia turut dibincangkan seperti isu penilaian kelestarian sesuatu pengurusan rantaian bekalan. Akhirnya, cadangan yang bersesuaian bagi isu penganalisaan kelestarian pengurusan rantaian bekalan dicadangkan dan disimpulkan.