Representasi sosial masyarakat dalam lirik lagu Aman RA

Industri muzik di Malaysia dibanjiri dengan pelbagai jenis muzik dan lagu yang diperdengarkan kepada masyarakat. Muzik menjadi medium yang dapat menyampaikan sesuatu mesej kepada masyarakat melalui bait-bait lirik lagu yang ditulis. Lirik berfungsi menerangkan kisah atau pemikiran di dalam ses...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zulieda Azni,, Wan Amizah Wan Mahmud,
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16783/1/315-Article%20Text-471-1-10-20200713.pdf
http://journalarticle.ukm.my/16783/
http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/15
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Industri muzik di Malaysia dibanjiri dengan pelbagai jenis muzik dan lagu yang diperdengarkan kepada masyarakat. Muzik menjadi medium yang dapat menyampaikan sesuatu mesej kepada masyarakat melalui bait-bait lirik lagu yang ditulis. Lirik berfungsi menerangkan kisah atau pemikiran di dalam sesebuah lagu serta mempunyai kaitan yang rapat dengan masyarakat. Lagu rap dilihat mempunyai peluang yang besar dalam industri dengan kehadiran penyanyi dan penulis lirik lagu yang berkualiti. Kajian ini mengkhusus kepada intepretasi dan representasi sosial yang terkandung di dalam lirik lagu Aman Ra. Kajian ini menggunakan data tiga buah lirik lagu Aman RA iaitu ‘Tabah’, ‘Budak Flat’ dan ‘Bangun’. Teori yang digunakan dalam kajian ini adalah Teori Representasi Sosial (1961) oleh Sergei Moscovici. Kajian dijalankan mengikut empat elemen Representasi Sosial yang diperkenalkan oleh teori, iaitu kepercayaan sepunya, skema, penanda dan prinsipal. Dapatan kajian mendapati teori ini sesuai digunakan untuk mengenalpasti representasi sosial di sebalik lirik lagu rap. Hasil analisis mendapati terdapat mesej yang cuba disampaikan kepada masyarakat dalam konteks yang lebih luas. Lirik-lirik lagu tersebut ditulis dan disulami dengan mesej dan motivasi yang menggambarkan kehidupan sosial masyarakat di dalam sesebuah struktur masyarakat.