Pembentukan model toleransi beragama belia pelbagai etnik di Malaysia
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pembentukan model toleransi beragama belia pelbagai etnik di Malaysia. Beberapa konstruk dalam membentuk model toleransi beragama dikenalpasti melalui teori dan kajian-kajian lepas. Seramai 500 orang belia dari etnik Melayu, Cina dan India dari negeri Selangor,...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15013/1/24800-106504-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/15013/ http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1191 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pembentukan model toleransi beragama belia pelbagai etnik di Malaysia.
Beberapa konstruk dalam membentuk model toleransi beragama dikenalpasti melalui teori dan kajian-kajian
lepas. Seramai 500 orang belia dari etnik Melayu, Cina dan India dari negeri Selangor, Melaka, Negeri
Sembilan, Perak dan Johor dipilih sebagai responden kajian. Data dikumpul melalui edaran soal selidik
dengan menggunakan soal selidik Toleransi Sosio-Agama dan pembentukan model berasaskan kepada
teori tingkahlaku terancang. Kesahan dan kebolehpercayaan data ditentukan oleh ujian rintis dan nilai
Cronbach Alpha bagi setiap item dan konstruk. Data dianalisis secara deskriptif dan statistik inferensi,
iaitu Structural Equation Modeling (SEM) digunakan dalam membentuk model toleransi beragama yang
sepadan. Data kajian turut menjalani proses Confirmation Factor Analysis (CFA) untuk memastikan data yang
digunakan mempunyai kebolehpercayaan yang memenuhi syarat dan boleh digunakan untuk pengukuran
dan penstrukturan model. Hasil dapatan menunjukkan bahawa model toleransi beragama mencapai
tahap kesepadanan apabila beberapa konstruk dan item dibuang dan konstruk yang sepadan adalah sikap
dan persepsi menyumbang kepada tingkahlaku toleransi beragama. Namun, kedua-dua faktor ini hanya
menyumbang sebanyak 41% sahaja dalam tingkahlaku responden terhadap toleransi beragama. Ini bermakna,
selain daripada sikap dan persepsi, beberapa faktor lain perlu dikaji dalam memberi pengaruh kepada
tingkahlaku toleransi beragama. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan bahawa golongan belia perlu
sentiasa didedahkan dengan pergaulan dan interaksi dengan kaum yang berbeza agar tingkahlaku toleransi
antara penganut yang berbeza dapat dikekalkan. Sikap-sikap negatif seperti prasangka buruk, sterotaip
negatif, prejudis, rasisme, diskriminasi dan etnosentrisma perlu dijauhi dan dielakkan agar keharmonian
dalam perbezaan dapat dikekalkan. |
---|