Dilema masalah jenayah pecah rumah impak pembangunan Lebuhraya Baru Pantai (NPE)

Pecah rumah merupakan salah satu masalah sosial yang dihadapi oleh penghuni di Seksyen Petaling Jaya Selatan 2 (Seksyen PJS 2) impak daripada pembinaan Lebuhraya Baru Pantai (NPE) setelah ia beroperasi. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan dilema yang dialami oleh penghuni di Seksyen PJS 2 terh...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Marzilla M,, Rosniza Aznie CR,, Zaini Sakawi,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14203/1/33472-114054-2-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/14203/
http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1226
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pecah rumah merupakan salah satu masalah sosial yang dihadapi oleh penghuni di Seksyen Petaling Jaya Selatan 2 (Seksyen PJS 2) impak daripada pembinaan Lebuhraya Baru Pantai (NPE) setelah ia beroperasi. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan dilema yang dialami oleh penghuni di Seksyen PJS 2 terhadap masalah jenayah pecah rumah setelah Lebuhraya NPE beroperasi. Kajian ini menggunakan 357 set borang soal selidik yang diwakili oleh ketua isi rumah di Seksyen PJS 2. Data yang diperolehi dianalisis untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan ujian chi-kuasa dua.Pada peringkat awal pengoperasian Lebuhraya NPE, trend jenayah pecah rumah di Seksyen PJS 2 dari tahun 2005 sehingga tahun 2006 menunjukkan peningkatan sebanyak 46 kes jenayah pecah rumah. Trend jenayah pecah rumah di kawasan perumahan ini beberapa tahun kebelakangan ini dari tahun 2013 sehingga tahun 2017 menunjukkan penurunan sebanyak 88 kes. Namun, hasil kajian mendapati penghuninya masih berasa bimbang dan tidak selamat mengenai aspek keselamatan kediaman dan hartabenda mereka. Kajian ini mengenal pasti faktor yang mendorong perlakuan jenayah di Seksyen PJS 2 seperti kemudahan akses jalan raya perumahan dan Lebuhraya NPE, kepadatan penduduk, masalah sosial, kawalan keselamatan dan kecanggihan sains dan teknologi. Penemuan kajian ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran kepada penduduk tempatan dan Pihak Berkuasa Tempatan mengenai keseriusan masalah pecah rumah yang berlaku supaya langkah pencegahannya dapat diambil dengan mengambil kira faktor risiko dan potensi jenayah secara menyeluruh untuk kawasan kediaman ini bebas jenayah.