Isu membidaahkan amalan masyarakat Melayu: analisis wacana media massa

Isu membidaahkan amalan masyarakat Melayu boleh mengancam perpaduan umat Islam. Meskipun kerajaan Malaysia telah mewartakan fatwa untuk menjaga keharmonian namun masalah ini belum dapat dibendung. Sehubungan itu, kajian ini dilakukan bagi menganalisis isu membidaahkan amalan masyarakat Melayu meneru...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muammar Ghaddafi Hanafiah,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13192/1/22337-104680-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13192/
http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1200
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Isu membidaahkan amalan masyarakat Melayu boleh mengancam perpaduan umat Islam. Meskipun kerajaan Malaysia telah mewartakan fatwa untuk menjaga keharmonian namun masalah ini belum dapat dibendung. Sehubungan itu, kajian ini dilakukan bagi menganalisis isu membidaahkan amalan masyarakat Melayu menerusi wacana media massa. Tujuan utama kajian adalah untuk mengenal pasti jenis dan bentuk pembidaahan semasa serta punca-puncanya sekali gus membantu mencari jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut. Dari segi metodologi, kajian ini bersifat kualitatif. Data kajian ini diperolehi dari kandungan laporan akhbar arus perdana berbahasa Melayu seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian serta akhbar tabloid seperti Sinar Harian dan Kosmo dari tahun 2011 hingga 2017. Analisis deskriptif ke atas kandungan laporan akhbar dibuat untuk memberi pencerahan secara logik dan rasional menggunakan teori dan konsep bidaah yang dipakai dalam fatwa rasmi di Malaysia. Hasil kajian menunjukkan terdapat enam perspektif yang perlu diberi perhatian dalam isu membidaahkan amalan masyarakat Melayu, iaitu konsep bidaah yang tidak jelas atau belum dapat diterima oleh sebahagian masyarakat, kekeliruan masyarakat antara persoalan bidaah dan khilafiah, kelemahan memahami konsep sunnah yang sebenar, kekaburan menyentuh konsep difusi antara agama dan budaya, kebimbangan masyarakat terhadap sifat taksub sesetengah pihak dengan kefahaman yang dipegangnya tentang bidaah dan kerisauan masyarakat terhadap sifat ekstrem pada sesetengah pihak yang keras menentang pihak yang dianggapnya ahli bidaah.