Pengetahuan dan sokongan belia terhadap dasar kerajaan mengenai perubahan iklim

Dasar kerajaan mengenai perubahan iklim digubal sebagai langkah adaptasi dan mitigasi dalam mengurangkan impak perubahan iklim. Namun, kesedaran dan keprihatinan orang awam mengenai perubahan iklim haruslah wujud seiring dengan matlamat yang ditetapkan oleh pihak kerajaan dalam perlaksanaan dasar ke...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Suhana Saad,, Tuan Fazliyanna Tuan Kamarudin,, Abd. Hair Awang,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12590/1/23063-69489-2-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/12590/
http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1074
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dasar kerajaan mengenai perubahan iklim digubal sebagai langkah adaptasi dan mitigasi dalam mengurangkan impak perubahan iklim. Namun, kesedaran dan keprihatinan orang awam mengenai perubahan iklim haruslah wujud seiring dengan matlamat yang ditetapkan oleh pihak kerajaan dalam perlaksanaan dasar kerajaan tersebut. Situasi ini telah menimbulkan persoalan tahap kesedaran dan keprihatinan terhadap dasar kerajaan mengenai perubahan iklim. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengetahuan dan sokongan pelajar terhadap dasar kerajaan mengenai perubahan iklim berdasarkan dua bidang pengajian sains dan sains sosial. Seramai 455 pelajar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) dan Fakulti Sains Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa hanya pengetahuan menunjukkan perbezaan yang signifikan di antara dua bidang pengajian. Bagi sokongan terhadap dasar kerajaan mengenai perubahan iklim pula, pengetahuan menyumbang pengaruh yang tertinggi. Aspek kesedaran perlu dilihat dari pelbagai komponen bagi meningkatkan sokongan terhadap dasar kerajaan mengenai perubahan iklim. Pengetahuan berkaitan perubahan iklim harus diterapkan sejak di alam persekolahan serta melalui kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Program sekolah hijau boleh dijalankan di setiap sekolah termasuklah menghijaukan kawasan sekolah, kempen kitar semula, cara-cara menjimatkan penggunaan elektrik, kaedah untuk mengurangkan jejak karbon boleh dilakukan.