Variasi hujan dan potensi tuaian air hujan di Bandar Baru Bangi

Pertambahan populasi bandar dan penguncupan rezab air di Selangor telah memungkinkan pihak kerajaan mempromosikan kepenggunaan sistem penuaian air hujan sebagai sumber bekalan alternatif di kalangan pengguna. Makalah ini meneliti hasil aplikasi sistem berkenaan di tapak eksperimental Bandar Baru Ban...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Noorazuan Md. Hashim,, Shamsuddin Man,, Yaakob Mohd Jani,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12574/1/22238-63943-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/12574/
http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1049
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pertambahan populasi bandar dan penguncupan rezab air di Selangor telah memungkinkan pihak kerajaan mempromosikan kepenggunaan sistem penuaian air hujan sebagai sumber bekalan alternatif di kalangan pengguna. Makalah ini meneliti hasil aplikasi sistem berkenaan di tapak eksperimental Bandar Baru Bangi berdasarkan kepada beberapa episod variasi hujan yang direkodkan pada Disember 2014 hingga April 2015. Data cerapan berkenaan digunakan bagi mengenalpasti sejauhmana hubungkaitan di antara taburan hujan tempatan dan potensi isi padu variasi air tuaian yang dikutip oleh sistem berkenaan. Hasil eksperimental di tapak kajian menunjukkan isi padu tuaian hujan mempunyai julat yang besar, iaitu dari serendah 0.018 m3 sehingga setinggi 2.722 m3. Model hubungan antara isi padu tuaian hujan dan kedalaman hujan menghasilkan nilai R2 yang tinggi (R2 = 89%). Hasil kajian ini juga telah menunjukkan keadaan isi padu tangki storan (1000 liter) di tapak eksperimental berkenaan adalah bersesuaian dengan kondisi taburan variasi tuaian hujan.