Impak globalisasi terhadap produktiviti buruh dalam sektor perkhidmatan

Globalisasi membawa pelbagai kesan yang menjadi cabaran utama kepada Malaysia dalam meningkatkan produktiviti yang menjadi pengukur bagi daya saing. Atas justifikasi tersebut, kajian ini bertujuan mengkaji impak globalisasi ke atas tingkat produktiviti buruh sektor perkhidmatan bermula alaf baru p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Noorasiah Sulaiman,, Nurulaiza Mohd Azman,, Rahmah Ismail,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10780/1/jeko_50%282%29-6.pdf
http://journalarticle.ukm.my/10780/
http://www.ukm.my/fep/jem/content/2016-2.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Globalisasi membawa pelbagai kesan yang menjadi cabaran utama kepada Malaysia dalam meningkatkan produktiviti yang menjadi pengukur bagi daya saing. Atas justifikasi tersebut, kajian ini bertujuan mengkaji impak globalisasi ke atas tingkat produktiviti buruh sektor perkhidmatan bermula alaf baru pada tahun 2000. Data kajian meliputi tempoh 13 tahun dari 2000 hingga 2012. Menggunakan indikator globalisasi terdiri daripada pelaburan langsung asing (FDI), tahap keterbukaan ekonomi (OPN) dan buruh asing (FL), kesan globalisasi ke atas produktiviti buruh sektor perkhidmatan dianalisis menggunakan model kesan rawak dan model panel dinamik Generalized Method of Moments (GMM). Dapatan model kesan rawak menunjukkan pemboleh ubah FDI adalah positif dan signifikan dalam mempengaruhi tingkat produktiviti buruh. Dapatan ini selari dengan dapatan bagi model panel GMM. Sebaliknya, pemboleh ubah OPN secara konsisten menunjukkan hubungan negatif bagi kedua-dua model, sementara FL menunjukkan dapatan yang tidak konsisten. Implikasi dasar daripada dapatan kajian ini ialah negara perlu terus memberi galakan terhadap kemasukan pelabur asing, terutama bagi pelaburan berskala besar dengan kos relatif lebih murah disebabkan FDI mampu meningkatkan tingkat produktiviti buruh sektor perkhidmatan secara signifikan, khususnya dalam jangka panjang. Selanjutnya, pelaburan yang dapat menjana pekerjaan dengan upah tinggi perlu diberi galakan sepenuhnya, di samping usaha menyerap dan mengguna teknologi baru dalam kalangan pelabur tempatan. Ini perlu kerana sektor perkhidmatan perlu dipacu oleh pengetahuan dan asas teknologi yang tinggi supaya sektor ini kekal sebagai sektor yang kompetitif kepada ekonomi negara.