Kepemimpinan diplomatik pemerintah kerajaan dalam al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah

Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah merupakan karya yang merakamkan sejarah pentadbiran kerajaan Kedah. Antara sejarah pentadbiran yang dinyatakan dalam naskhah ini adalah tentang pengurusan hubungan diplomatik kerajaan Kedah dengan beberapa kerajaan lain seperti Ligor dan Aceh. Pengurusan ini telah me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Salmah Jan Noor Muhammad,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10400/1/18116-51402-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/10400/
http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/935
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah merupakan karya yang merakamkan sejarah pentadbiran kerajaan Kedah. Antara sejarah pentadbiran yang dinyatakan dalam naskhah ini adalah tentang pengurusan hubungan diplomatik kerajaan Kedah dengan beberapa kerajaan lain seperti Ligor dan Aceh. Pengurusan ini telah mengetengahkan kepemimpinan diplomatik pemerintah Kedah dalam mengurus tadbir hubungan diplomatiknya dengan kerajaan berkenaan. Hubungan diplomatik ialah sebuah hubungan antarabangsa atau hubungan lintas sempadan sebuah kerajaan untuk meluaskan pengaruh dan memenuhi keperluan masing-masing. Oleh itu, makalah ini akan membincangkan kepemimpinan diplomatik pemerintah kerajaan, terutamanya dari aspek pelaksanaan kaedah dan seterusnya menghuraikan keberkesanan kaedah tersebut terhadap hubungan diplomatik kerajaan Kedah. Bagi memperoleh data ini, suatu kajian kepustakaan telah dilakukan. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat tiga kaedah kepemimpinan diplomatik yang dominan dan diaplikasikan oleh pemerintah kerajaan Kedah dalam naskhah kajian ini, iaitu kaedah tiga dalam satu, transformasi hubungan permusuhan kepada pendamaian, dan pertautan semula ikatan diplomatik.